Sembang-sembang Ilmu. Bagaimana Memanfaatkan Berkaitan Air?

Jawapan:
  1. Air Zam-zam. Air yang terbaik dalam kepercayaan agama Islam. Air ini bergantung kepada niat anda. Jika niat untuk minuman, insyaalah dapat menghilangkan dahaga. Jika niat untuk makanan, insyaallah dapat mengenyangkan. Niat untuk kesihatan, insyaallah akan dapat kesihatan yang lebih baik dan kesegaran badan.
  2. Air Wuduk. Berwuduk untuk solat, membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain ibadah. Nak tidur wajibkan berwuduk, insyaallah tidur dalam keberkatan. Ada orang gunakan air bekasan wuduk untuk rawatan sihir ain.
  3. Air Laut Mati. Bagus untuk mengatasi masalah kulit yang tak sembuh-sembuh. Cuma jauh sahaja lokasinya dari kita.
  4. Air Mata Air. Bagus untuk diminum, cuma kini berasid. Perlu berhati-hati mengambilnya.
  5. Air Mata. Menangis sepuas-puasnya ketika bertaubat kepada Allah atau menyebut namaNya. Amalan ini akan menimbulkan kejernihan jiwa dan hati.
  6. Air liur. Perlu isyarat ke sebelah kiri 3 kali sambil meminta perlindungan kepada Allah ketika selepas mimpi yang buruk.

Comments

Popular Posts