20 Kelebihan Menjaga Ibu bapa Di usia Tua



  1. Diri sendiri akan belajar menjadi lebih matang. Belajar apa itu sabar, apa itu ikhlas, apa itu tabah dan perlu kekuatan jiwa.
  2. Memahat lebih banyak kenangan bersama ibu bapa. Bukan peluang semua orang dapat. Aset yang paling berharga di dunia dan bukan liabiliti.
  3. Menjadi teladan kepada anak dan menantu. Menerap nilai kasih sayang dan bertanggung jawab serta berlumba-lumba ke arah kebaikan.
  4. Akan muncul rezeki ketenangan dalam hidup dengan syarat sabar betul-betul, ikhlas dan tak mengeluh. Yakin rezeki dari Allah dan kita berdoa serta berusaha dengan sungguh-sungguh. 
  5. Rezeki dunia datang dari sudut yang disangka-sangka. Dengan syarat tidak mengeluh dan tidak ungkit-mengungkit. Buat bukan kerana terpaksa. Ini adalah tanggung jawab.
  6. Rumah akan terasa tenang selagi ibu ayah ada di rumah kita. Kita perlu buang sampah sarap serta barang-barang lama yang tak digunakan lagi. Dan betul-betul tersusun dalam rumah.
  7. Perjalanan hidup sentiasa lancar. Allah mempermudah urusan kita. Banyak masalah akan dipermudahkan jalan keluar.
  8. Aura kasih sayang oleh orang sekeliling senantiasa mencurah-curah. 
  9. Diri sendiri akan menjadi lebih sihat. Badan selalu aktif dan sibuk berfikir membantu ibu bapa yang memerlukan pertolongan.
  10. Mendapat keredaan Allah Ta'ala. Dipermudahkan jalan ke syurga selepas mati.
  11. Ganjaran pahala di khirat seperti berjihad di jalan Allah Ta'ala.
  12. Menyempurkan ibadah kita dengan memuliakan, merawat dan menjaga ibu bapa.
  13. Berpeluang meminta ibubapa berdoakan kepada kita, pasangan dan anak-anak. Kita juga sering berdoa kepada mereka.
  14. Mengecap kegembiraan apabila dapat menyuapkan makanan dan minuman kepada ibu bapa. Terutama air sihat yang paling berkualiti selain air zamzam setakat ini.
  15. InshaAllah terhapus dosa-dosa kepada Allah Ta'ala di samping senantiasa bertaubat.
  16. Menguji pasangan kita samada ada sihat rahmat dan kasih sayang kepada orang lain. Dapat mengenali watak mereka yang sebenar.
  17. InshaAllah panjang umur dengan syarat juga menyambung silaturrahim sesama manusia.
  18. InshaAllah anak-anak akan membantu dan menjaga kita apabila telah tua dan uzur. Hanya Allah yang mencampakkan kasih sayang kepada mereka.
  19. Hidup lebih diberkati. Banyak harta cukup dan sedikit harta pun cukup.
  20. Menjaga ibu bapa adalah bonus kepada hidup kita. Tambah nilai hidup yang sempurna dan jiwa semakin tenang.

Motivasi Diri:
  • Jaga ibu bapa dengan penuh ikhlas dan benar-benar sabar.
  • Betulkan mind set : ibu bapa adalah aset kehidupan dan bukan liabiliti yang menyusahkan.
  • Bersara awal dan setelkan personal loan secepat mungkin untuk persediaan menjaga ibu bapa. Umur 50an dah ok untuk bersara.
  • Cari pendapatan yang boleh mendampingi ibu bapa sepanjang masa. Ini ikut kepada bakat anda masing-masing. 
  • Pastikan bilik air untuk ibu bapa luas dan selesa.
  • Buang barangan lama yang tak diguna lagi. Biar rumah nampak lapang dan selesa.
TERIMA KASIH 

KMS CENTRE
011-20979928





Comments

Popular Posts