Benarkah Bisnes Mesin Kangen Adalah Scamer?

Jawapan:
  1. Sebelum itu kepada yang menuduh bisnes ini menipu harap bertaubat kepada Allah Taala. Dosa fitnah adalah lebih besar daripada dosa membunuh. Bertaubat sebelum pergi ke alam akhirat.
  2. Lazimnya individu yang suka membuat fitnah... hidupnya tidak tenteram jiwa dan asyik menuduh orang tanpa usul periksa mendalam. Kita doakan mereka diampunkan dosa apabila mereka insaf dan menyaksikan sendiri ramai ahli masyarakat mula memiliki mesin ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  3. Anda boleh pergi ke ibu pejabat Enagic di Mid Valley Kuala Lumpur dan melihat bagaimana proses perniagaannya. Syarikat Enagic dibina bermula di Okinawa Jepun. 
  4. Falsafah produk ini "Change your water, change your life." Produknya adalah berasaskan mesin teknologi moden, patuh syariah dan tiada unsur gelatin haram seperti lemak babi atau lemak binatang.
  5. Mesin mahal atau murah adalah subjektif. Lihat kepada nilai tambah produk ini. Kaji dan kaji. Bukan tuduh dan menuduh yang bukan-bukan dalam group fb.
  6. Produk ini diluluskan penjualannya di Malaysia oleh SIRIM, Singapura, Australia, Jepun, USA, Itali, Dubai, India, Korea, China dan banyak lagi.
  7. Saya bukan taksub kepada kepada mesin kangen. Sebaliknya jika ada mesin yang lebih baik manfaatnya daripada mesin kangen, insyaallah saya juga dikalangan orang yang awal memilikinya.
  8. Bagi saya arahan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak mendakwa sesuatu produk boleh menyembuhkan pelbagai penyakit tanpa dibukti secara santifik WAJIB dipatuhi. Kita mesti bergerak seiring dengan pihak berkuasa. 
  9. Berita menarik, buat masa sekarang kita dapati ada beberapa klinik gigi di Malaysia mula memanfaatkan mesin kangen ini. Tetapi masih lagi di peringkat awal.
  10. Kita harap dan berdoa supaya semua pembaca blog ini berlapang dada dan terus mengkaji mesin ini dan lain-lain prodok mesin air. Saya tidak memaksa anda memiliki mesin ini. Tak perlu jumpa saya. Boleh jumpa pakarnya. Antara pakar rujuk mesin kangen di Malaysia ialah sifu Saifol Mualim di Shah Alam, bekas seorang jurutera Petronas.






Master Sifu Saifol Mualim, TopGun Sdn Bhd.






Comments

Popular Posts