Selamat Berpuasa : Ramdahan Tiba & Tetamu Dihormati.

Alhamdulillah hari ini hari pertama selasa kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun 2021M atau 1442H. Alhamdulillah peluang untuk berpuasa diberi Allah Taala.

Tips amalan diberi sebagai panduan bersama:
  1. Niat berpuasa sebulan berpuasa.
  2. Begitu juga berniat setiap malam untuk berpuasa esok hari.
  3. Mulai hari ini memaafkan semua orang walau pun pahit ditelan.
  4. Bersahur selepas bangun tidur dan sebelum masuk waktu subuh.
  5. Berbuka puasa dengan buah tamar dan segelas air kosong atau air kangen. Atau berbuka dengan makanan yang manis atau buah.
  6. Banyak bersedekah ikut kemampuan.
  7. Banyak membaca al-Quran siang dan malam hari.
  8. Banyak berdoa. Ulang minta dan minta kepada Allah Taala.
  9. Amalkan tidur qailulah 15-20 minit sebelum masuk waktu zohor untuk kesegaran bangun bertahajud.
  10. Dirikan solat fardhu berjemaah.
  11. Amalkan solat tarawikh dan witir setiap malam.





Comments

Popular Posts