Webinar Set Minda : Orang Kaya dan Orang Biasa

Alhamdulillah malam tadi kami berjaya mengadakan webinar ilmiah berkaitan set minda orang kaya dan orang biasa. Pasti ada perbezaan kan? Set minda orang kaya suka menjemput rezeki, manakala set minda orang biasa suka menacari rezeki semata-mata. 

Bersama tonton FB Live di SifooTime 10 Jul 2021 jam 9 malam
Bersama Sifoo Saifol Mualim (MSSM) dengan tajuk yang menarik.
SINOPSIS (SET MINDA ORANG KAYA V ORANG BIASA)
 
“FIKIRAN BAWAH SEDAR SANGAT AKTIF…”
Fikiran bawah sedar jauh lebih cerdas dan bijaksana. Fikiran ini dapat mengekses maklumat dan pengetahuan lebih banyak dan cepat daripada fikiran sedar. Masalahnya fikiran bawah sedar seperti set minda positif sering diabaikan oleh orang biasa-biasa! Anda di golongan mana ye? Ha..ha. Orang kaya yang hebat boleh buat duit di mana-mana sahaja!! Mereka pandai melihat potensi dan peluang. Orang kaya yang hebat boleh buat duit di musim kemakmuran dan kesukaran seperti di era covid 19!! Percaya atau tidak? Ha..ha. Orang kaya yang hebat boleh buat duit siang dan malam hatta di waktu tidur pun!! Percaya atau tidak? Ha..ha. Jom kita belajar sesuatu dari tetamu khas kita malam ini adalah bekas GM syarikat Petronas yang kini melibatkan diri dalam bisnes coaching, minda keusahawanan dan gaya hidup sihat.
 
Objektif webinar ini untuk mengubah set minda kepada positif dan kemahuan yang tinggi dan ketahanan mental. Mari kita mendengar penjelasan pada webinar ini. Tetamu kita Saudara Hj Saifol Mualaim bin Ahmad Yahaya, CEO Top Gun Consultancy, Shah Alam, Selangor.

Comments

Popular Posts