Dulu Ulser Mulut Kini Jarang Sekali. Anda nak tahu jalan mengatasinya?

Ini kisah benar. Kisah saya sendiri. Apa nak malu nak kongsi cerita untuk kebaikan bersama terutama yang menderita ulser mulut! Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala. Masalah saya kerap kena ulser mulut sejak 10 tahun yang lalu. 

Kadang2 setiap kali nak mengajar mesti telan panadol untuk tahan sakit! Nak makan pun susah! Nak bercakap-cakap pun susah! Susah sebab pedih mulut... Kini hampir 95% sifar daripada ulser mulut.

Memang stress apabila kena ulser mulut. Dulu tegur mama atau ibu... ulser mulut sebab kurang minum air kosong! Aduh akhirnya aku pulak kena ulser mulut. Akhirnya ibu hilang ulser, aku pulak penggantinya. Apakah itu dosa aku.? Mungkin juga ya dan mungkin tidak. Ha..ha! Moga Allah mengampuni aku.




Ubat klinik? Macam2 saya amalkan seperti Bonjela, Kanalog, panadol dan lain-lain. Alhamdulillah boleh sembuh tapi jadi semula!

Ubat kampung? Petua? Macam-macam petua saya amalkan. Ada yang menjadi dan ada yang tak menjadi. Tiada siapa yang bersalah dan dipersalahkan. 
  • Kumur dengan air garam
  • Gosok mulut dengan arang yang ditumbuk di waktu pagi.
  • Tak makan cili api
  • Tak makan masakan berempah seperti kari.
  • Tidur awal
  • Kurangkan guna komputer di waktu malam dan lain-lain petua.
  • Gigi perlu gosok bersih betul dan guna benang flost!
Alhamdulillah, ada ketika sembuh. Tak lama selepas itu... jadi ulser mulut semula.

Dulu-dulu saya pernah berbual-bual dengan seorang rakan yang sedikit berumur jika berbanding dengan saya PM Dr Hj Sulaiman Nordin bapa kepada penyanyi tanah air iaitu brother Yasin Sulaiman. Kenapa ye ulser mulut begini?  Jawabnya ringkas sambil tersenyum... "dalam perut you banyak asid!!" terkedu saya... ha..ha!

Antara rumusan punca ulser mulut berdasarkan pengalaman pribadi saya adalah :
  • Stress menyebabkan asid berlebihan dalam perut.
  • Kurang tidur malam.
  • Selalu sangat makan lewat malam.
  • Asid berlebihan dalam perut.
  • Banyak makan tetapi kurang minum air yang sihat.
  • Banyak minum air bersoda atau berkarbonat.
  • Kurang minum air kosong terutama apabila berada di ofis yang berhawa dingin.

Alhamdulillah sejak 1.9.2016 dapat bertemu dengan mesin SD501 mesin kangen yang paling top pada masa itu. Saya memilikinya dari dua orang pemuda dari Bandar Baru Bangi yang menjadi pengedar bebas Enagic. Saya call dan minta mereka buat home demo di klinik isteri saya Mediklinik Syifa di Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Dengan izin Allah Taala sehingga kini ulser mulut dah hampir sifar! Mula2 tak percaya juga. Kini memiliki mesin ini di rumah jenis K8 dan satu unit lagi SD501 di kedai kami KMS Hasanah Dot Com Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Berminat nak miliki mesin boleh juga whatsaps kami.

Saya bukan doktor perubatan dan saya bukan nak memandai-mandai dalam bidang kesihatan. Cuma nak berkongsi pengalaman gaya hidup sihat bagaimana nak bantu ramai orang untuk meminimumkan masalah ulser mulut.




Sapa2 yang nak maklumat lanjut bagaimana nak atasi masalah ulser mulut boleh whatsapps 011-20979928.

Moga-moga perkongsian ini berguna kepada pesakit ulser mulut yang telah lama menderita.

Terima kasih.

KMS HASANAH ENTERPRISE


#kmshasanah
#gayahidupsihat
#ulsermulut
#ioniserwater





Comments

  1. Moga-moga perkongsian pengalaman ini bermanfaat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terbaik Dt Salam satu perkongsian yang memberi manfaat pada orang lain. Insyaallah aaminn

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ... Terima kasih perkongsian ini Doktor... Mohon saya sharekn vlog doktor.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Yang baik kita berkongsi petua... Semoga bermanfaat utk semua.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts