REFLEKSI DIRI

  1. SENYUM. Kami keluarga KMS Hasanah sangat mementingkan senyuman. Senyuman adalah budaya kami. Apabila rakan bisnes dan pelanggan kami pulang ke rumah mereka, saya mahu mereka sentiasa tersenyum. Walau pun saya tidak boleh ingat setiap individu yang datang ke premis kedai kami untuk memiliki mesin atau air kesihatan namun saya kenal mereka adalah pelanggan kami melalui senyuman mereka.
  2. FOKUS. Secara berterusan. kami di KMS Hasanah berfokus pada gaya hidup sihat. Enam tahun lepas, kami memberikan perhatian pada gaya hidup sihat. Pada hari ini, kami masih fokus pada gaya hidup sihat dalam masyarakat. Memandangksn kami memberikan tunpuan kepada gaya hidup sihat, kami akan terus beroperasi untuk jangka masa yang panjang. Walau pun masalah covid-19 melanda tahun lepas dan tahun ini 2021 dalam masyarakat, namun perniagaan tetap bertahan.
  3. GELAK KETAWA. Apabila kita menguruskan keusahawanan, kita juga perlu bergelak ketawa. Minda yang aktif dan visi yang kukuh membenarkan keadaan ini berlaku. Sentiasa berbangga dengan memiliki mesin kangen, membuat home demo, berkongsi air sihat, mengajak customer menghadiri event, install mesin dan servis deep cleaning mesin kangen. Kebolehan untuk bergelak ketawa dan berbesar hati dalam apa sahaja keadaan, memerlukan mata yang tajam dan minda yang terbuka.
  4. BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN. Hakikatnya, sangat mudah memulakan perniagaan. Selepas bertahun lamanya, barulah saya selesa untuk bercerita tentang strategi dan taktik perniagaan kangen water. Saya suka belajar dan mengkaji sebab musabab di sebalik kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Saya bukannya begitu pandai dalam keusahawanan, tetapi saya sentiasa belajar daripada pengalaman.
  5. MENGUNTUNGKAN PELANGGAN. Mengapa KMS Hasanah diwujudkan? Matlamat kami adalah untuk memastikan pemilik mesin di bawah kami menjadi sihat fizikal, sihat kewangan dan sihat kerohanian. Mereka menikmatinya 15 - 25 tahun berasaskan jangka hayat mesin.
  6. BERCAKAP BENAR. Satu-satunya rahsia kami KMS Hasanah adalah selalu bercakap benar. Orang ramai sukakan kebenaran. Namun tidak ramai yang bersedia untuk bercakap benar pada setiap masa.
  7. PENJENAMAAN DAN KEPERCAYAAN. Sepanjang enam tahun dari tahun 2016 - 2021, kami melalui pelbagai kesusahan. Sekarang KMS Hasanah terus menempah kejayaan demi kejayaan. Kami belajar daripada semua kesilapan. Pada masa yang sama, kami turut belajar daripada semua syarikat yang berkaitan gaya hidup sihat.


Comments

Popular Posts