Petua Atasi Masalah Tidur Malam

Kajian kes :
Seorang pensyarah kanan di sebuah kolej di Lembah Klang menghadapi masalah tidur malam. Sudah hampir 2 minggu tak boleh tidur malam. Tidur pun bermula jam 5 pagi. Aduh... kasihan!! Semoga Allah Taala memberi jalan keluar. Sudah ke klinik. Sudah ke hospital. Sudah ambil ubat penenang. Sudah berjumpa kaunseling. Sudah berjumpa pakar psikologi. Sudah ke pusat perubatan komplemantari. Sudah pergi berurut badan. Sembuh sekejap... Namun sakitnya belum dapat diatasi sepenuhnya. Datang berulang lagi.

Ada juga kes seperti ini berlaku kepada anak remaja dan staf di pusat perubatan swasta di Lembah Klang. Kesnya hampir sama tetapi tempat yang berbeza. Ada juga kes yang kita jumpa tidak boleh tidur sudah 2 bulan! Sahabat-sahabat yang dikasihi, apa puncanya ye? Hanya Allah Taala yang maha mengetahui. Mungkin stress berlebihan? Mungkin darah tinggi naik? Mungkin ingat kisah lampau yang menyakitkan? Mungkin berdendam kepada seseorang? Mungkin ganggunan makhluk halus? Mungkin terkena sihir?  Mungkin menapous? Mungkin asid dalam berlebihan akibat stress dan tak boleh tidur malam.

Saya bukan doktor perubatan. Maaf kepada doktor-doktor perubatan. Maaf seribu kali maaf ye... Bukan nak memandai tetapi hanya nak berkongsi sedikit ilmu dan tips. Sahabat-sahabat yang dimuliakan, biasanya saya sarankan begini:
  1. Pertama sekali mesti pergi ke klinik dan hospital jumpa pakarnya. Mereka lebih tahu atau lebih arif. Ini dari sudut masalah penyakit fizikal. Ambil ubat yang disarankan dan amalkan.
  2. Maafkan semua tanpa berkecuali terutama sebelum tidur. Ini banyak kes terutama para remaja umur belasan tahun dan dua puluhan tahun.
  3. Kurangkan penggunaan gajet dan hand phone terutama di waktu malam sebelum tidur.
  4. Tidur sekejap sebelum zohor 10 - 20 minit. Niat nak tidur awal dan nak bangun solat malam. Khasnya pesakit darah tinggi.
  5. Kurangkan makan di waktu malam seperti burger, nasi dan makanan berat. Sebaliknya ganti dengan buah-buahan tempatan dan lain-lain.
  6. Sebelum tidur perlu bersugi, berwuduk, solat taubat dan solat witir sekurang-kurangnya satu rekaat.
  7. Amalkan membaca ayat kursi dan surah al-Mulk atau surah yasin sebelum tidur. Atau surah-surah yang selalu dibaca atau dihafal. Yang mudah-mudah.
  8. Amalkan minum air ionised 2-3 liter setiap hari seperti air kangen pH 8.5 atau pH 9.0 atau pH 9.5. Kita syorkan miliki mesin ini daripada team kami KMS Hasanah Group atau sesiapa sahaja yang anda lebih kenal. No problem!
  9. Amalkan membaca 10 kali ulangan setiap ayat surah al-ikhlas disertai doa supaya Allah Taala mempermudahkan tidur anda. Maknanya sekali membaca surah al-ikhlas kita berdoa 40 kali.
  10. Berbanyak beristighfar dan berselawat atas sifat panas baran anda. Beristighfar atas kesilapan-kesilapan anda yang disedari dan tidak sedari.
Moga-moga perkongsian ini bermanfaat kepada pengguna-pengguna dan pemilik mesin kangen water dan sesiapa sahaja. Kepada Allah Taala kita berharap dan bertawakal.

Terima kasih.







Comments

Popular Posts