Anda Menghadapi Masalah Sukar Tidur Malam?

Apa yang boleh anda lakukan? Ini hanya saranan sahaja dari kami. Disyorkan jumpa doktor di klinik atau hospital di peringkat utama atau awal. Penulisan ini berdasarkan pengalaman cara kami membantu customer yang datang ke premis kedai KMS di Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Sepuluh saranan amalan KMS Hasanah:
  1. Maafkan semua orang sebelum tidur.
  2. Beristighfar 100 kali sebelum tidur serta mengucap syahadah 3 - 5 kali.
  3. Berwuduk dan solat witir sebelum tidur. Wajibkan diri solat witir setiap malam.
  4. Amal minum air ioniser seperti air kangen 2 -3 liter setiap hari pH 8.5 atau 9.0 atau 9.5. Saya yakin 90% boleh menyelesaikan masalah tidur anda. Saya dah jumpa ramai customer saya termasuk VIP. Hampir 2 bulan tak boleh tidur malam dengan baik. Kita yakin hanya Allah yang menyembuhkan.
  5. Meluangkan masa 30 minit untuk berjongging atau senaman setiap pagi atau petang.
  6. Mengurangkan melihat gajet seperti handphone sebelum tidur. Letak jauh sikit dari katil tidur anda.
  7. Membaca surah Yasin atau al-Mulk sebelum tidur.
  8. Sebelum tidur sila menulis senarai masalah anda hadapi dan simpan dalam almari elok-elok. Kalau tak boleh simpan... bakar sahaja kertas berkenaan. Ha..ha!
  9. Mengamal 'tidur qailulah' sebelum zohor tidak lebih 20 minit atau hanya sekali mimpi. Niat untuk bangun pukul 4 atau 5 pagi untuk solat tahajud, berzikir dan membaca al-Quran.
  10. Membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali ulangan setiap ayat disertakan doa supaya dipermudahkan tidur. Ini bermakna kita berdoa sebanyak 40 kali untuk menghabis bacaan surah ini. Jika belum mengantuk, sila ulangi lagi. Kami percaya dan yakin Allah sahaja yang menerima hajat kita.

KMS HASANAH GROUP
Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang, Selangor.


Comments

Popular Posts