Catatan Daripada Buku Terpilih

Assalaamualaikum dan apa khabar pembaca blog saya? Saya doakan anda dan saya sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah Taala. Pagi ini saya ingin mengutip catatan2 bermaafaat daripada buku yang di hadapan saya berkaitan dan gaya hidup sihat sebagai panduan am. Jika salah tolong perbaiki ye... Saya hanya ingin berkongsi sahaja.
  1. "Apabila seseorang mahu membiasakan diri minum air sihat setiap setengah jam, ianya akan memberi manfaat yang amat banyak bagi dirinya. Kebiasaan seperti ini boleh menyembuhkan penyakit radang perut besar dan radang penghadaman" (halaman 4). Maksudnya minum berterusan dalam kuantiti yang sederhana.
  2. Antara slogan penting : "Anda sebenarnya tidak sakit... anda hanyalah dahaga!!" (halaman 5).
  3. Air zam-zam diminum mengikut NIAT orang yang meminumnya. Yakin bahawa sihat dan sakit adalah berada di tangan Allah Taala (halaman 6). Air zam-zam amat baik untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit fizikal dan spiritual.
  4. "Biasanya ada 2 perkara yang menyebabkan orang tua kekurangan air dalam tubuh : kurang rasa dahaga dan kedua ialah terdapat gangguan pada fungsi penyedutan cairan (halaman 10)".
  5. Antara gejala kekurangan air minum dalam tubuh : pening kepala, susah tidur (insomnia), sukar penghadaman makanan dan sukar buang air besar(halaman 24).
  6. "Semakin bertambah usia kita, maka semakin berkuranglah rasa dahaga dan keinginan untuk minum air (halaman 31)". Anda bagaimana?
  7. Air menyegarkan ingatan (halaman 33).
  8. Mulailah minum segelas air pada awal pagi dalam keadaan perut kosong (halaman 35).
  9. Bagi ibu menyusu badan, minum air sangat diperlukan untuk melancarkan keluarnya susu dan menggantikan cairan dalam tubuh ibu.
  10. Berat badan bertambah apabila kurang minum air sihat (halaman 39). Akhirnya berlaku penumpukan lemak pada kaki, tangan dan perut.
  11. Dr Fenounna Eguampar menyebut : Cara terbaik untuk mengingatkan diri sendiri selalu minum air ialah dengan sentiasa membawa satu liter air ke mana sahaja kita pergi setiap hari. Apabila air itu habis maka kita harus mencarinya lagi  (halaman 61).
  12. Pada 15/Januari/1966. Kementerian Kesihatan dan Pelatihan Kemahiran Jepun mempersetujui pelaksanaan projek air tapisan. Menurut mereka, air adalah cara yang sangat baik untuk menjaga kesihatan  (halaman 70).
Semoga catatan pribadiku amat bermaat untuk kalian.


Comments

Popular Posts