*Inilah Diri Sebenar Anda!*

Q: Kenapa perlu minum 8 gelas air dalam sehari?

A: Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Q: Kenapa ramai orang dapat sakit?

A: Sebahagian besar daripada kita tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian dan lebih gemar minuman bergula yang boleh meningkatkan kalori dalam badan.

Q: Adakah anda sering berasa letih dan lesu dalam kehidupan seharian? 

A: Jika jawapannya ‘YA,’ cuba anda periksa kembali sama ada anda minum air yang mencukupi untuk tubuh anda. Untuk pengetahuan anda, tubuh kehilangan cecair apabila anda banyak berjalan, bersenam, berpeluh akibat cuaca dan sebagainya. Sekiranya kandungan air dalam badan tidak mencukupi, ia boleh menjejaskan tahap kecerdasan fizikal anda.





Comments

Popular Posts