Refleksi Terpilih Dari Group Kangen

*SUDAH MINUM KANGEN, TAPI MASIH TIDAK MENJADI?*

Ada beberapa orang bertanyakan saya kenapa apabila minum air Kangen masih tidak mengalami perubahan pada kesihatan mereka. Kenapa begitu yea?
Dibawah adalah beberapa sebab yg saya boleh senaraikan selepas melalui pengalaman diri sendiri dan juga beratus sahabat dan saudara-mara yang saya dah share air. Mungkin apa yang saya senaraikan tidak lengkap. Boleh aje ditambah di ruang komen untuk saya tambahkan bagi rujukan masa hadapan.

1. Minum tidak cukup air Kangen secukupnya. Jumlah air yang diminum terlampau sedikit untuk memberi impack. Mengikut apa yang dikatakan oleh doktor,kita kehilangan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Jadi kita disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2.5 liter agar badan kita dihidrasi dengan air yang baik selepas beberapa lama. Yang terbaik ialah dengan minum Untuk yg minum 1liter untuk setiap 20kg berat badan untuk yang kurang sihat. Pengecualian ialah sesiapa yang dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil air tidak melebihi jumlah tertentu kerana penyakit buah pinggang atau sakit jantung.

2. Minum air yang bukan fresh dari mesin. Walaupun ada mesin kadangkala kita minum air yg dah disimpan lama. Tak nak membazir ... betul tak?

3. Minum tak cukup lama. Baru minum beberapa hari dah mengharapkan keajaipan. Pengalaman saya sendiri 9 bulan baru batuk yang saya alami sembuh. Alhamdulillah dengan asbab air kangen. Ada juga yang terus berhenti setelah mengalami Healing Process atau proses pemulihan. Sesiapa yang baru mula minum Kangen teruskan lah minum walaupun mengalami Proses pemulihan. InsyaAllah jika ada proses pemulihan, peluang untuk kesihatan bertambah baik akan menjadi lebih tinggi.

4. Minum tak consistent jumlah nya. Bila teringat minum banyak. Bila terlupa minum sikit atau tak minum langsung terutama sekali yang bekerja dan sibuk.

5. Minum air soda. Jangan tertipu dengan air pemberi tenaga, 1000+, Blue bull, Alligator raid dan sewaktu dengannya ... terus hancus. Ada kalanya bila kita ke majlis perkahwinan atau keramaian kita dihidangkan dengan air yang berampur dengan soda. Bukan senang nak tolak bandung soda, biru langit melon ice cream soda, etc. Betul tak? Perlukan 'iman' yang kuat untuk minum air mineral atau air Kangen ... itupun kalau bawak bekalan atau dihidangkan oleh tuan rumah

6. Minum juga minuman lain terutama yang bergula manis melekit. Kalau nak minum juga kopi, teh, mil-o, lonjongtine, teh hijau dan sewaktu dengannya ; gunakan air Kangen dan kurangkan gula. Tapi ini jangan jadi sebahagian dari jumlah air putih Kangen yg patut diminum ye

7. Minum banyak air Kangen yg dipanaskan. Air Kangen adalah terbaik bila diminum pada room temperature atau suhu normal atau sejuk. Antioksidant akan berkurangan apabila dipanaskan. Janganlah rasa was-was nak minum air Kangen yang baru keluar dari mesin. Air Kangen tak perlu dipanaskan sebelum diminum.

8. Minum salah air. Salah seorang pemilik mesin kami minum beauty water ... salah kami jugak kerana tak pastikan masa pasang dan training yg beliau faham macamana kegunaan pelbagai air di mesin Kangen.

9. Mengikut Dr Micheal, 70-90% anggota badan kita ada lah air. Air Kangen Tidak mengadungi semua zat-zat, enzim, vitamin yg diperlukan untuk sihat sepenuhnya. Jadinya kita kena pastikan makanan kita adalah seimbang sesuai dengan aktiviti harian dan style kehidupan kita. InsyaAllah dengan minum air Kangen dan ditambah dengan minuman yang seimbang boleh menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik.

10. Salah satu punca penyakit adalah disebabkan oleh stress. Jadi walaupun dah minum air Kangen harap jagalah stress kita. Sekiranya ada kemurungan, anxiety, mengelamun berlebihan, panas baran berlebihan etc baiklah dikawal sebaiknya. Sekiranya perlu jumpalah pakar yang boleh membantu kita mengawal stress dengan lebih berkesan

11. Minum dari mesin yang tidak diselenggara sebaiknya. Mesin yang diselenggara dengan baik akan menghasilkan quality air Kangen yang sebaiknya

Harap senarai di atas membantu kita untuk sihat dan terus-terusan menolong orang lain untuk sihat.

Semoga kita semua dan terutamanya pemilik mesin akan sentiasa dan bertambah sihat hendaknya.

Air Kangen bukannya ubat - ciri-ciri yang ada dalam air Kangenlah yang boleh memangkinkan tubuh untuk mengubati diri kita sendiri. InsyaAllah kita akan bercerita lebih pada masa akan datang dalam bab ini. Kalau nak cepat dan tak sabar nak tau bolehlah contact kami untuk penerangan lanjut.

Bagi mereka yg sedang makan ubat ... samada pemilik mesin atau yang dalam proses memiliki, jangan sesekali berhenti makan ubat selepas minum Kangen. Pemberhentian atau pengurangan pengambilan ubat hanya boleh dinasihatkan oleh doktor yg bertauliah.
Setelah memiliki mesin Kangen selama lebih 5 tahun saya percaya yang memiliki dan Minum air Kangen secara berterusan amat berbaloi ... Alhamdulillah dan dengan izin Allah juga.

Tahniah Scifu Zubair dari Melaka.

Comments

Popular Posts