Doa Kami...

Kami warga KMS mendoakan bakal jemaah haji dan umrah khasnya dari Malaysia, Brunai, Singapura, Thailand dan Indonesia dapat menunaikan haji dan umrah dimakbul tuhan. Selamat pergi dan balik. Diampuni dosa2 kesalahan dan keluarga serta harta yang ditinggalkan dalam keadaan selamat.

Bukan semua orang boleh menjadi tetamu Allah. Hanya yang terpilih dan dipermudahkan. Jom sama2 berdoa agar mereka menunaikan haji dan umrah dengan tenang dan sihat. 

Tips dari saya untuk bakal jemaah haji dan umrah:
  1. Fokus sepenuh hati menunaikan haji dan umrah. 
  2. Sentiasa dalam keadaan berwuduk dan berzikir. Sekurang-kurang khatam bacaan al-Quran 30 juzuk semasa di tanah suci.
  3. Saling bantu-membantu sesama jemaah haji dan umrah. Niat nak tolong jemaah yang memerlukan bantuan.
  4. Elakkan pertengkaran atau bersenda gurau berlebihan.
  5. Belajar fokus kepada perkara-perkara baik di sekitar.
  6. Banyak mendoakan kepada diri dan orang lain. Termasuk ahli keluarga, jiran dan sahabat-sahabat.
  7. Memanfaatkan kerap minum air zam-zam. Elakkan air berkarbonat walaupun halal.
  8. Lupakan sementara urusan atau hal-hal di Malaysia atau di rumah anda. Serahkan urusan itu kepada Allah dan ahli keluarga.
  9. Fikirkan yang baik-baik sahaja. Sentiasa berbaik sangka terutama kepada pasangan.
  10. Bersemangat untuk beribadah haji dan umrah ini. (Waku! Waku! dalam bahasa Jepun)
  11. Maafkan semua orang sebelum berangkat ke sana. Kosong! Kosong!

KMS HASANAH CENTRE


Comments

Popular Posts