Tips Bisnes Kangen Untuk Diri

  1. Belajarlah sebanyak mungkin daripada orang lebih berpengalaman dalam bisnes ini. Jangan tanya semua orang, mungkin ada yang memandai teori sahaja. Banyak mendampingi orang yang telah berjaya dalam bisnes kangen atas usaha sendiri.
  2. Pujilah orang yang melakukan kebaikan. Maafkan semua orang sebelum tidur dan senyum apabila bangun di awal pagi setiap hari.
  3. Perkara yang menyakitkan itu sebenarnya mengajar kita. Ramai yang jatuh sekali atau dua kali, barulah berjaya bangun semula dengan penuh semangat dan kehebatan tersendiri.
  4. Henry Ford berkata : Pelajarilah segala yang mungkin daripada orang lain. Sekolah untuk pengalaman memerlukan masa yang terlalu lama sehingga graduannya terlalu tua untuk bekerja.
  5. Pastikan tiada hutang pribadi yang banyak. Segera bayar hutang pribadi dan elakkan kad kredit yang tak perlu. Sesiapa yang mempunyai hutang umpama terperangkap dalam jaring.
  6. Baiklah kita bersabar dengan kawan yang tidak sempurna. Kawan yang sempurna tidak bersabar dengan kita.
  7. Jika sentiasa bersikap tegas, anda tidak perlu terburu-buru.
  8. Pencapaian yang hebat tidak akan diperoleh tanpa keghairahan. Cuba amal bangun 4 pagi dan lakukan sesuatu yang berguna.
  9. Berfikiran positif dapat memberikan ketenangan fikiran dengan lebih cepat berbanding sebotol ubat penenang.
  10. Kita jarang dapat melihat kesalahan orang lain yang kita tidak miliki sendiri.
  11. Rajin share dan demo kebaikan air sihat ini. "No share no bisnes dan no demo no sale!"
  12. Nak jadi leader kena aktif hadir event. Bukan banyak beri alasan.
  13. Elakkan selalu bergurau yang negatif walau pun niat baik saja-saja.
  14. Lebih sedikit seseorang berbicara tentang kebaikan dirinya, lebih banyak ia akan disukai orang.
Moga2 perkongsian ini bermanfaat kepada saya dan anda. Doakan untuk saya semoga dapat menulis dengan lebih baik lagi.

#kms-hasanah-sepang
#top-gun-centre-shah-alam
#tahan-semangat




Comments

Popular Posts