12 CARA MINUM KANGEN WATER DENGAN BETUL


1.     MINUM KANGEN WATER SEBELUM MAKAN DAN SETELAH MAKAN 
Penting untuk dipahami bahwa saluran pencernaan kita perlukan asid  untuk mencerna makanan secara optimal, sebab itu sebaiknya kita tidak meminum Kangen Water 30 minit sebelum makan sehingga 1 jam setelah makan. Enzym ptyalin, HCl , amilase,  lipase, tripsyn memerlukan asid untuk bekerja secara optimal  untuk  memecahkan karbohidrat, lemak dan protein, supaya senang diserap tubuh.

2.     BILAKAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK MINUM KANGEN WATER?
Waktu yang baik untuk minum Kangen Water adalah sebelum tidur dan selepas bangun tidur, setiap jam di siang hari dengan mengikut kesesuaian.

3.     BERAPA BANYAK SEBAIKNYA KANGEN WATER PERLU DIMINUM DALAM SEHARI?
Sebaiknya minum 8 gelas/hari, jika anda tidak biasa minum air dalam jumlah banyak, mulailah meminum 3-4 gelas Kangen Water sehari, dan  ditingkatkan kepada 8-12 gelas sehari, sebaiknya lebih dari 3 liter sehari (12-15 gelas/hari). Sebagai panduan, jumlah peminuman air dalam sehari berdasarkan berat badan dan aktiviti seharian.

 4.     PH LEVEL UNTUK PERMULAAN MINUM
Dimulakan dengan pH 8.5 untuk minggu pertama ataupon 1 botol 4L, jika tubuh anda tidak mengalami sebarang komplikasi ,  naikkan ke pH 9.0 dan ke pH 9.5 untuk seterusnya.  Air pH11.5, secara rasminya, tidak digalakkan diminum oleh Enagic.

Peminuman air jenis ini adalah atas risiko sendiri. Dan selalunya, oleh pesakit² yang mengidap penyakit2 kronik seperti kanser. Bagi mereka yang baru mula minum air Kangen, lebih elok untuk bermula dengan air pH rendah  untuk menyesuaikan badan dengan air alkali.

5.     APAKAH "KESAN SAMPINGAN AWAL" ATAU “HEALING CRISIS” APABILA MEMINUM KANGEN WATER?
Sesetengah orang yang meminum Kangen Water, mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, lemah badan, sakit sendi, selsema, demam.

Air Kangen tiada 'kesan sampingan'. 'Healing crisis' adalah krisis penyembuhan dan tidak boleh disamakan dengan kesan sampingan. Ubat ubatan ada kesan2 sampingan. Air Kangen tidak boleh dianggap sebagai ubat.

6.     BERAPA LAMA WAKTU YANG DIPERLUKAN UNTUK SESEORANG MERASAI KHASIAT KANGEN WATER?
Setiap orang berbeza-beza keadaan tubuhnya, berbeza-beza reaksinya terhadap Kangen Water. Khasiatnya boleh dirasakan sejak hari pertama ataupun perlu waktu beberapa minggu.

7.     DAPATKAH SAYA MENGGUNAKAN KANGEN WATER UNTUK MEMINUM UBAT? TIDAK.
Tidak digalakkan meminum Kangen Water  30 minit sebelum sampai 1 jam setelah minum ubat. Mikro molekul Kangen Water dapat memasuki sel tubuh begitu cepat, dan sebaiknya ubat memasuki sel tubuh dalam tahap penyerapan yang tidak terlalu cepat. Disarankan meminum air berpH7, Clean Water untuk meminum ubat.

8.     APAKAH ADA ORANG YANG TIDAK DIPERBOLEHKAN MEMINUM KANGEN WATER?
Tidak ada orang yang tidak boleh meminum air kangen. Sebaliknya, semua orang boleh minum air kangen. Cuma mereka yang mengidap penyakit buah pinggang yang kronik atau 'cardiovascular', perlu menghadkan jumlah air seharian yang boleh diminum atas sebab2 perubatan. Dalam kes² ini, air yang diminum masih air kangen, walaupun dalam jumlah yang terhad.

9.     UNTUK PENYIMPANAN KANGEN WATER
Mesin Leveluk dicipta untuk dipakai di rumah. Kangen Water yang berkualiti, adalah Kangen Water yang betul-betul fresh from the machine (boleh dilihat dengan adanya gelembung2 hydrogen dalam  air» dilihat suka melekat di botol).

Kangen Water yang dihasilkan dari proses elektrolisis secara perlahan akan kembali ke bentuk dan unsur asal nya dalam tempoh waktu tertentu. Antioksidan berkurang cepat dalam tempoh 18-24jam. Kemudian pH kembali normal menjadi pH 7 dalam waktu 1-2 minggu. Dan microcluster mampu bertahan selama 1-3 bulan. Perkara ini boleh dielakkan dengan menyimpan air di tempat yang gelap dan sejuk.

10.     APAKAH KANGEN WATER BAIK DIGUNAKAN UNTUK ATLET?
Hidrasi yang sangat sesuai diperlukan untuk mempertahankan kesan fisiologi badan dalam semua aktiviti atlet, latihan fizikal dan mental para atlet sepanjang latihan. Banyak kajian telah dibuat sejak tahun 1940 yang menyatakan bahwa dehidrasi yang ringan sekalipun menurunkan mutu persembahan atlet.

Kangen Water dengan partikel mikro dapat menghidrasi sel dengan cepat, tidak  membekalkan oksigen kedalam jaringan, sebaliknya menolong badan menyediakan persekitaran dalaman untuk membolehkan oksigen  di hantar ke sel²

11.     DAPATKAH ORANG MENGALAMI ALKALI BERLEBIHAN DALAM AKIBAT MEMINUM KANGEN WATER? TIDAK.
Beberapa orang dapat meminum hingga 4 liter/hari dan mendapatkan kesan yang baik untuk kesihatan. Tubuh kita mempunyai sistem pertahanan yang akan menjaga pH darah dalam keadaan stabil di pH 7,3.

Sebaliknya, ketidakseimbangan yang sering terjadi akibat seseorang yang mempunyai asid yang banyak, inilah yang menjadi sumber penyakit.

Untuk mengoptimalkan tingkat kesihatan, disarankan meminum air alkali dan makanan alkali (sayur dan buah) sebanyak yang mungkin.

12.     BAGAIMANA KITA TAHU BAHWA SESEORANG MENGALAMI KETIDAKSEIMBANGAN PH TUBUH?
Beberapa gejala luar yang boleh kita lihat ketika seseorang terlebih asid diantaranya, munculnya ruam merah di kulit, jerawat, lingkaran gelap di bawah mata, kulit dan kuku yang kering, rambut patah dan kelebihan berat badan. Gejala lain seperti adanya gangguan pencernaan, gelisah, sensitif, pemarah, mudah tersinggung, mudah alergi/sensitif terhadap makanan,sering mengalami alergi, infeksi berulang, lemah, dan tanda-tanda depresi.

Comments

Popular Posts