Kunjungan Mahabbah Anak Muda dari Shah Alam



Terima kasih bro Syukri yang datang jauh dari Shah Alam ke KMS Centre petang ini. Ingin mempelajari sesuatu dari KMS Centre. Juga tahniah kepada bro Hakim dari Taman Dahlia yang mula  menjadi pembantu premis kedai KMS Centre bermula hari ini.

Kita perlu membimbing setiap anak muda yang berjumpa untuk meminta tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman keusahawanan. Seterusnya melihat, mengenal pasti potensi dan mengembang potensi mereka.

Seorang guru yang baik ialah mempunyai anak murid yang dapat mengatasinya dan semakin kurang memerlukannya.

Serasi amat penting dalam bidang keusahawanan. Apa tanda-tandanya? Mungkin dia gembira dengan produk itu. Mungkin dia teruja dengan bisnes itu. Mungkin dia tidak mudah patah semangat. Jatuh dan bangun semula. Tidak mudah menuding jari. Memaafkan semua orang. Fokus kepada kekuatan diri.



Perjalanan menjadi usahawan ada seninya. Perlu mentor dan pengalaman yang unik. Perlu ketabahan dan fokus. Ada masa seronok dan ada masa perlu bimbingan orang yang berpengalaman. Yang penting ada proses tersendiri sebelum benar2 berjaya.

Jangan kejar wang nanti wang akan lari. Kejarlah ilmu berguna berkaitan seni mencari rezeki dan seni membantu ramai orang inshaAllah rezeki akan mengejar kita.

Apabila kita berada di tahap 4A dalam bisnes kangen atas usaha sendiri, lazimnya 85% akan berjaya. Sideway di peringkat awal bisnes ini (1A-3A) adalah normal dalam perjalanan sebagai seorang usahawan.

Di dalam apa keadaan ekonomi sekali pun, sesetenga orang itu akan menjadi kaya. Cuba fikirkan kenapa?


Anak muda perlu didekati. Mereka bijak dan memiliki semangat yang kuat. Perlu dididik.  Perlu melihat kekuatan aset mereka. Ketua yang hebat tahu menghargai bakat yang ada di sekeliling mereka.

Elakkan terperangkap dengan ketagihan personal loan kecuali amat perlu sahaja. Sesiapa yang mempunyai hutang dan kad kredit yang banyak umpama terperangkap di dalam jaring. Menjadi miskin adalah sukar tetapi tidak sesukar jika banyak personal loan.


Semoga ramai anak muda memanfaatkan kebaikan mesin yang amat berguna untuk gaya hidup sihat. Memiliki mesin kangen adalah pelaburan kegembiraan. Mengembirakan diri dan keluarga dengan gaya hidup sihat. Seterusnya dapat menolong orang yang sedang menderita dengan pelbagai penyakit fizikal, spiritual dan kewangan pribadi.

Memiliki mesin kangen secara formal amat penting. Menjadi "full time user" air kangen amat penting. Kita merasai nikmat kesihatan sendiri dulu sebelum berkongsi kebaikan dengan orang lain. Boleh spontan membuat demo kebaikan kW. Boleh spontan share kW yang memerlukan. 

"Akar kebahagian ialah sikap membantu."

"Jika anda tidak mempunyai masalah, anda sebenarnya kehilangan peluang untuk berkembang."

"Semangat (waku-waku) adalah magnet ghaib yang menarik orang lain kepada pandangan kita."

#usahawanmuda
#gayahidupsihat
#motivasidiri
#mentormentee
#kms-hasanah-centre-sepang
#top-gun-centre-shah-alam




Comments

Popular Posts