Terapi Dengan Bersedekah

Catatan pribadi daripada  buku TERAPI DENGAN IBADAH:
  1. Ibnu Abi Al-Jad berkata: "Sedekah itu menghilangkan 70 pintu keburukan (hlm 70).
  2. Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan kemurkaan Allah dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk" (hlm 75).
  3. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Berubatlah orang sakit di kalangan kamu dengan bersedekah, bentengilah hartamu dengan membayar zakat dan bersiaplah dengan doa untuk menghadapi musibah" (hlm 92).
  4. Abu Hanifah meriwayatkan dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah bahawa ada seorang hamba Allah berjumpa Nabi S.A.W berkata: Wahai Rasulullah, saya tidak dikurniai walau seorang anak pun untuk dimiliki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sudahkan kami memperbanyakkan beristighfar dan bersedekah? Kau akan dikurniai (anak) berkat keduanya".  Akhirnya orang itu memperbanyakkan beristighfar dan bersedekah. Dia dikurniakan Allah Taala dengan 9 anak lelaki (hlm 104). 
  5. Satu kisah "Kami ialah satu keluarga yang terdiri daripada beberapa anak. Kami hidup bersama ibu bapa dalam rumah yang sederhana. Tahap ekonomi keluarga sangat rendah sekali (B40). Namun alhamdulillah kami berasa puas dan menerima seadanya apa yang diberikan Allah. Dilanjutkan cerita, anggota keluarga mereka sepakat membuat satu tabung sedekah di dalam rumah. Mereka akan mengeluarkan wang terkumpul di dalamnya dalam tempoh tertentu untuk diberikan kepada fakir miskin.
  6. Apabila bersedekah, disyorkan dengan niat tertentu agar Tuhan memberi kesembuhan penyakit. Contoh, "aku bersedekah ini dengan ikhlas dengan niat agar Allah Taala menyembuhkan penyakit kanser ku ini."
  7. Kadang-kadang Allah menyembuhkan penyakit kerana doa yang diminta oleh simiskin yang kita sedekahkan wang atau harta kepadanya. Terutama orang tua yang miskin dan memerlukan makanan serta minuman (hlm 97).
KMS HASANAH CENTRE
011-20979928

6/Ogos/2022
Sabtu 7.30am


Comments

Popular Posts