Kurangkan Gula Putih



BAGAIMANA MAKANAN MANIS SEBABKAN PENYAKIT. 
-----------------------------------------------------
Artikel Terpilih:

Gula berlebihan dikaitkan penyakit kronik. 
Bila badan tak guna gula ini, beberapa perkara negatif berlaku:
# Gula akan hasilkan radikal yang rosakkan dan lemahkan sel badan.

# Radikal ini akan sebabkan KERADANGAN atau "kebakaran dalaman" badan.

 - *Radang kulit boleh cetuskan ekzema,*

 - *Radang saraf boleh sebabkan jari jadi sejuk dan kebas.*

- *Radang otak boleh jadikan kita blurr, pelupa dan tak fokus. Kepala jadi pusing atau sakit.*
- Radang organ-organ badan. Salur darah dll.

# Gula juga akan bergabung dengan protein dan lemak dalam badan menghasilkan AGE. Bahan AGE ni umpama bakar daging hangus jadi "browning". Begitulah dalaman badan kita. Ia menyebabkan penuaan dan kelemahan sel.

# Gula berlebihan merosakkan bateri sel (mitokondria). Fungsi badan jadi lemah dan kita jadi takde tenaga. 

# Gula bertukar kepada lemak di organ hati, organ detoks utama badan manusia. Akibatnya, fungsi detoks makin lemah, toksin makin lama berkumpul.

# Gula juga bertukar menjadi lemak badan dan lemak viseral yang menyelaputi organ. 

# Gula membunuh sel usus dan fungsi usus sempurna. Pelbagai fungsi badan termasuk imuniti terjejas kerana sistem pencernaan ini pusat imuniti badan. 

# Gula mengganggu kestabilan hidupan usus. Kuman sihat biasanya suka oksigen. Kuman penyakit tak perlu oksigen untuk hidup. Kuman penyakit. "bernafas" menggunakan gula melalui proses penapaian. 

# Kulat adalah kuman paling sukakan gula. Bila gula banyak, kulat membiak dengan pesatnya terutama kulat candida yang mengakibatkan keputihan,  kerak susu dan keradangan dalaman badan. 

Ambil gula dengan kadar yang perlu. Badan kita tak perlu gula jika lemak pada perut kita sudah menebal. Habiskan sumber di situ dulu. 

Kemudian pilih gula yang toyyib.. Gula melaka, kabung, pemanis ganti gula seperti stevia dan monk fruit. Gula semata tiada nutrisi, pemergiannya jangan ditangisi..
Semoga hidup sihat tanpa berlebihan gula putih 😊



Comments

Popular Posts