Benteng Diri

Semalam ada orang tanya bagaimana nak buat benteng diri dalam hidup seharian? Ini catatan atau tips dari saya yang boleh diamalkan: 

  1. Sentiasa maafkan semua orang. Terutama sebelum tidur atau bila-bila masa sahaja.
  2. Padam atau block no hp individu yang selalu menyakiti kita. Maafkan dan doakan kebaikan untuk mereka.
  3. Menjaga solat dalam waktunya. Terbaik solat di awal waktu.
  4. Jika ada pilihan berusaha solat berjemaah di masjid yang ramai makmumnya. Terutama kaum lelaki.
  5. Bersihkan kediaman rumah dan singkir barang2 lama yang tak digunakan lagi.
  6. Jaga hati jiran dan jangan menyakiti mereka. Kereta2 buruk yang tidak diguna lagi perlu jual atau lupuskan sahaja dan tak payah parking depan rumah jiran.
  7. Pastikan semua bilik bersih terutama bilik anak-anak yang bersepah dengan sampah. Mereka asyik dengan gajet shj.
  8. Amal membaca ayat kursi sekurang2nya sekali setiap pagi dan petang atau malam setiap hari. InshaAllah Allah akan menghantar malaikat mengawal kita.
  9. Begitu juga amalkan membaca zikir spt amalan wirid selepas solat iaitu : 
  10. Jika stress amal minum air zam-zam atau air mineral di pasaran. Terbaik lagi minum air ioniser yang fresh dari mesinnya seperti air kangen.
KMS HASANAH
SALAK TINGGI, SEPANG
SELANGOR.



Comments

Popular Posts