Install Mesin Kangen Di Kuantan

Aktiviti Semasa:

Ahad 27/11/2022 team kami ada buat pemasangan mesin kangen di Kuantan Pahang. Lebih 5 tahun mengenali air kangen dan melihat demo kebaikan air ini di premis kedai KMS Centre di Sepang. Alhamdulillah kini telah memiliki mesin ajaib ini. Tak kenal maka tak cinta. Itulah kata pepatah lama Melayu. Tahniah famili Reeza bekas pelajar kejuruteraan UKM 6 tahun yang lalu. Kini beliau telah menjadi usahawan di Kuantan memikul tugas bisnes family. Sedikit catatan peribadi :
  1. Jika anda nak miliki mesin hebat ini, biar study dulu kebaikannya. Usah terburu-buru.
  2. Boleh guna kad kredit tanpa interest jika tak nak bayar sekali gus. Tak perlu down payment.
  3. Boleh guna e-payment tanpa interest tanpa slip gaji. Dengan syarat clear CTOS. Ini perlu down payment.
  4. Mesin ini boleh tahan lebih 25 tahun jika dijaga dan servis dengan baik.
  5. Ramai orang suka minum air ini. Dengan memiliki mesin anda boleh share air sihat kepada yang memerlukan sebagai satu hadiah atau sedekah.
  6. Mesin kangen bertapak di Malaysia bermula tahun 2013. Singapura bermula tahun 2012. Mesin ini berasal dari Okinawa Jepun. Sebelum ke Malaysia ia bertapak di USA dulu.
  7. Antara masalah utama rakyat Malaysia ialah kurang minum air sihat dan terlalu banyak gula dalam minuman. 
  8. Elakkan minum air berkarbonat. 
  9. Berdasarkan pemerhatian individu yang ramai memiliki mesin kangen ialah yang berlatar belakang kejuruteraan. Mereka mudah menerima teknologi terkini dan bermanfaat untuk kesihatan. Atau individu yang selalu berfikir luar kotak dan berani menerima teknologi di luar disiplin ilmu pengajian mereka.
  10. Ramai tokoh-tokoh di Malaysia memiliki mesin kangen yang saya tahu melalui group wasap bisnes ini. 
  11. Mesin menghasilkan 5 jenis air. Beauty water pH 5.5 - 6.0. Clean Water pH 7.5. Drinking water pH 8.5 - 9.5. Strong acid water pH 2.5. Strong Alkalini Water pH 11.5. Kegunaannya berbeza fungsi.
  12. Pada tahun 2016 memang menjadi kontraversi sehingga ke parlimen. Mungkin teknologi baru maka masyarakat pun terkejut dengan kehadirannya. Mungkin juga ada distributor silap dari sudut dakwaan menyembuhkan penyakit dan lesen pengedaran air tanpa saluran yang sah. Kini sudah berubah. Ada juga pengedar2 penapis air lain turut mengamalkan air sihat ini. Ini antara info yang dikongsi oleh ibu Reeza sekali semasa pemasangan mesin Ahad lepas. Alhamdulillah yang baik kita kongsi bersama.
  13. Kita bukan sahaja install mesin kangen bahkan ada produk lain seperti ukon iaitu berbentuk pil makanan kesihatan, mesin Anespa untuk mandian.
  14. Jika anda memiliki mesin kangen, lesen sebagai distributor sepanjang hayat. Hanya bayar rm50 sahaja. Dan boleh diwarisi perniagaan kini kepada anak cucu. Bestkan?
  15. Siapa patut memiliki mesin ini? Semua orang yang masih bernyawa. Sebab air kangen bukan ubat. Kalau orang sihat memiliki mesin ini, dia semakin sihat dan boleh share air ini kepada orang yang sakit di sekitarnya.
  16.  Customer perlu dididik dan dibimbing berkaitan healing crisis. Healing crisis itu cuma sementara sahaja 
  17. Kita boleh order online filternya setahun sekali atau 6 bukan sekali bergantung kepada cara penggunaan. 
  18. Hakikatnya anda berjimat apabila memiliki mesin kangen! Tak percaya? anda cuba cari dan tanya pemilik mesin ini yang berdekatan anda. Jimat kos ke klinik dan hospital. Jimat daripada membeli air mineral di pasaraya. Jimat masa ke hospital. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Terima kasih.










Comments

Popular Posts