Stress kah Anda?



Allahuakhbar...
Hidup di dunia jarang melebihi 100 tahun. Kenapa masih stres dengan kehidupan yang sekejap ini. Dalam kesenangan ada kepayahan dan dalam kepayahan ada kesenangan. Anda adalah apa yang anda fikirkan! Anda adalah apa yang makan! Anda adalah apa yang anda minum! pelik bunyinya.

Di sini saya sharekan 10 tips cara mengurangkan stress. Mungkin sesuai bagi anda dan mungkin sesuai untuk orang lain:
  1. Maafkan semua orang dan tidak terkecuali. Boleh maafkan bila-bila masa sahaja. Waktu sekarang lebih baik. Sebelum tidur pun lebih baik.
  2. Mungkin anda ada darah tinggi... tidur sekejap sebelum zohor atau selepas. Sekali mimpi sudah cukup! 20 minit atau kurang.
  3. Amal solat witir sebelum tidur. Atau sebelum masuk waktu subuh. Ikut kemampuan sendiri.
  4. Kurangkan group wasap yang tak penting. Tinggalkan jika banyak yang tak penting dan banyak tulisan negatif.
  5. Amalkan membaca Al-Qur'an sekurang-kurangnya 10 ayat setiap hari. 
  6. Amal minum air kangen 2-3 liter setiap hari. Bangun pagi terus minum air sihat ini 1-2 gelas. Amal minum air setiap 2 jam segelas air.
  7. Sering ziarah ibu bapa dan minta nasihat mereka dengan merendah diri.
  8. Elakkan air berkarbonat terutama golongan remaja, ahli sukan, driver bas, driver Lori, buruh binaan dan anda yang sering memandu jarak jauh.
  9. Elakkan perebutan harta pusaka. 
  10. Elakkan pegang handphone semasa mahu hendak tidur. Ini yang susah ni!! Tak susah... kena ubah sikap!
Moga-moga tip yang dikongsi dapat dimanfaat bersama.


Abdul Salam KMS

Comments

Popular Posts