Ulasan Buku

Pengulas: Abdul Salam KMS


Buku yang baik untuk dimiliki oleh ramai orang. Bahasa yang mudah difahami dan padat dengan panduan kesihatan spiritual. Terbitan Pertama Edisi Pertama: Mac 2022. ISBN 978-967-12445-3-1. Pemilik © Dato' Dr Haron Din. Penerbit oleh Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa') Berhad dan Koperasi Darussyifa' Berhad.

Penyembuhan sesuatu penyakit hanya merujuk kepada Allah Taala sahaja. Kita disuruh berikhtiar untuk mencari ubat sebagai jalan yang membawa kepada kesembuhan. Kesembuhan milik Allah semata-mata dan diberi kepada mereka yang berikhtiar dan sentiasa memohon kesembuhan kepadaNya.

Kandungan buku ini agak padat dan ringkas bagi tujuan untuk merujuk doa-doa yang khusus untuk rawatan penyakit tertentu bagi kegunaan perawat dan juga pesakit yang memerlukannya.

Dalam buku ini terdiri 10 bab utama:

Bab 1 Pendahuluan
Bab 2 Benteng pertahanan diri
Bab 3 Bacaan selawat asas dalam rawatan penyakit
Bab 4 Ruqyah asas rawatan Islam
Bab 5 Rawatan penyakit jasmani
Bab 6 Ikhtiar mengatasi masalah rumit
Bab 7 Rawatan penyakit rohani
Bab 8 Rawatan penyakit gangguan makhluk halus.
Bab 9 Rawatan penyakit akibat sihir.
Bab 10 Doa-doa tambahan.
Amanat tuan guru Dato' Dr Harun Din.

Tuan Guru Dato' Harun Din menyebut dalam pendahuluan buku ini : ketika sakit manusia berdoa agar disembuhkan daripada penyakit tersebut dan diberikan kesihatan. Manakala ketika sihat doa berfungsi sebagai wiqayah (pelindung atau pencegahan) daripada segala bala dan penyakit disamping mengekal, menambah serta memantapkan keimanan seseorang kepada Allah Taala.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca. Buka ini boleh didapati di koperasi Darussyifa'  Bangi atau di cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia .



Selamat Maju Jaya

Comments

Popular Posts