20 Sebab Kenapa Saya Berpuas Hati Memiliki Mesin Kangen

Pernyataan jujur dan ikhlas ditulis setelah saya memiliki mesin ini sejak 7 tahun yang lalu. Iaitu bermula 2016...
  1. Setakat ini kesihatan saya alhamdulillah ok dan bersara pun (58 tahun)tahun lepas 2022 dalam keadaan tidak ada penyakit2 kronik seperti kencing manis, gout, jantung dan lain-lain. Doakan saya terus sihat dan anda begitu juga sihat senantiasa hendaknya.
  2. Ahli keluarga pun alhamdulillah sihat dan setakat ini tidak ada penyakit2 kronik seperti yang disebut di atas.
  3. Jimat kos ringgit untuk membayar yuran rawatan ke hospital. Alhamdulillah.
  4. Jimat masa untuk ulang alik ke hospital untuk terima rawatan. Syukur alhamdulillah yang tak terperi.
  5. Boleh makan apa saja yang halal dan tidak ada pantang larang. Cuma yang saya pantang ialah air gas atau berkarbonat. Gula putih banyak dikurangkan. Teh tarik sekali-sekala.  
  6. Kalau dulu asyik kena ulser mulut. 5-10 lubang ulser di lidah dan bibir... itu biasa! Mungkin asid terlalu banyak dalam badan...  Kini alhamdulillah.
  7. Kalau dulu asyik kembung apabila makan pulut durian, ubi kayu, donat dan lain-lain. Kini alhamdulillah dapat menikmati sepenuhnya.
  8. Kalau dulu sukar tidur malam dan sukar bangun awal pagi. Kini alhamdulillah semuanya mudah dan bukan satu perkara yang sukar. Tips tambahan, sebaiknya sebelum tidur maafkan semua orang dan amal solat witir.
  9. Sakit lutut berkurangan. Terkini selain bertemankan minum air kangen, saya juga menunggang basikal di sebelah pagi untuk mengekalkan kesihatan peribadi terutama di bahagian lutut. 
  10. Alhamdulillah menantu pun dapat melahirkan anak dengan mudah. Dua cucu yang sihat dan segar. Doakan mereka terus amal minum air kangen. Saya hadiahkan satu unit mesin kangen untuk mereka.
  11. Mesin ini dijangka tahan lebih 20-25 tahun jika diservis dan dijaga dengan baik. Saya difahamkan penapis air yang ada sejuk dan panas hanya tahan 6-8 tahun sahaja. Anda boleh kaji sendiri...  
  12. Air kangen boleh dibuat sedekah. Jarang air penapis dijadikan minuman untuk disedekah. Biasanya pemilik mesin kangen suka berkongsi air sihat ini kepada jiran2 dan ahli keluarga. Dengan rajin bersedekah jiwa kita semakin sihat. Begitu juga dengan fizikal dengan izin Allah Ta'ala.
  13. Memiliki mesin kangen secara sah dan berdaftar boleh menjana pendapatan. Keahliannya seumur hidup apabila kita memiliki mesin dan yuran berdaftar hanya rm 50.00. Kita berhak menjual mesin2 kepada prospek jika kita berminat. 
  14.  Keahlian menjadi pengedar bebas boleh diwarisi kepada ahli keluarga tercinta.
  15. Pembiayaan memilikinya semakin hari semakin mudah. Contoh terkini, CIMB dan Standard Charted Bank menawarkan pembiayaan melalui kad kredit tanpa interest selama 60 bulan serendah rm 316 sebulan. Tanpa perlu deposit. 
  16. Mesin ini dijamin 5 tahun oleh syarikat selepas install dan berdaftar dengan syarikat Enagic. 
  17. Lima jenis air yang dapat dihasilkan. Ajaibkan? Kegunaannya berbeda-beda.
  18. Mesin ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja jika kita nak travel. Beratnya hanya kurang lebih 5 kg sahaja. Saya syorkan install produk terkini dan hot sale iaitu Leveluk K8.  
  19. Produk ini adalah produk dari Jepun dan sudah ada cawangan di kebanyakan negara di dunia seperti USA, Kanada, UK, India, Singapura, Australia, Dubai, Filipina, Malaysia dan lain-lain. Tak perlu diragukan lagi. Di Brunei pun ada. 
  20. Saya berdoa anda juga memilikinya apabila mampu. Tak perlu tangguh-tangguh lagi.
Sedikit pantun penutup secara spontan ditulis:

Hujan turun di waktu pagi
Sejuk anginnya tidak terperi
Syukur alhamdulillah sihat diri
Moga kalian juga memiliki.

Petang senja kami nikmati
Udara segar itu yang pasti
Syukur alhamdulillah air berteknogi
Moga kalian install pasti.

Saham IPO ramai yang membeli
Tahun 2023 meriah sekali
Syukur alhamdulillah bank menawar diri
Ambil peluang merebut rezeki.

#kangenwatermalaysia
#installmesin
#pembiayaanbank
#freeinterest


Yang Ikhlas

Abdul Salam KMS
Sepang Selangor.



Comments

Popular Posts