Terokai Hobi Baru Untuk Minda Lebih Segar?

Anda bosan? Sedang mencari hobi baru? Senang dan seronok dinikmati. Modal yang sederhana. Menambah nilai hidup diri...

Antara cadangan... Ikut minat dan keserasian :

1. BERBASIKAL
Kini sudah ramai mula meminati sukan berbasikal. Aktiviti ini berkesan untuk merehatkan minda dan lebih sihat jika dimulakan pada awal pagi atau lewat malam. Lagi sihat dengan mengamalkan minum air ioniser water setiap hari.


2. MENGHIDUPKAN SEMULA RUMAH ANDA.

Tukar susun atur rumah anda dengan cara yang berbeza. Lihat kesan perubahan yang ada. Cat warna yang baru. Hiasi dengan pasu bunga baru atau pokok landskap yang baru. Sekali sekala tabur garam kasar di sekeliling rumah.


3. BERKEBUN : TANAM HERBA DAN SAYURAN SENDIRI

Latih bakat menanam tumbuhan. Orang kata tangan sejuk semua tanam semua menjadi InshaAllah. Tidak ada alasan! Boleh tanam di balkoni yang kecil atau di halaman rumah yang ada. 

Bila berkebun boleh merawat kesihatan kulit dengan berjemur di bawah matahari pagi. Tenaga cahaya matahari juga dapat membantu masalah atasi tenaga batin yang lesu.


4. MENULIS

Saya sendiri suka menulis blog ini berkaitan gaya hidup sihat. Menulis mencurahkan idea dan perasaan yang baik dan berguna untuk dikongsi kepada masyarakat. Dengan menulis kita boleh mempengaruhi dan mengajak orang lain menjadi lebih bernilai dalam hidup.

Saya tahu dan amat mendalami manfaat mesin kangen, saya mempersembahkan info-info berguna dalam bentuk tulisan secara jujur dan ikhlas.


5. DRON TERBANG

Penerbangan dron adalah sangat menyeronokan dan unik. Hobi yang mendebarkan takut terhempas dan memuaskan. Dan mempunyai banyak potensi perniagaan.




6. KERJA AMAL
Aktiviti ini membantu kita dari sudut kerohanian. Mengembirakan orang dalam kesempitan, Allah akan mengembirakan kita juga.

Menerusi kerja amal, kita dapat mengenali sisi lain dalam diri sendiri yang mungkin anda tidak pernah tahu.



Dalam konteks jika kita memiliki mesin kangen, kita boleh infak air sihat ini kepada pesakit secara percuma atau harga 'Rahmah'.

7. KEMAHIRAN MENGEMAS

Cuba lihat sekitar rumah anda. Penuh dengan barang tak berguna!  Ya inilah peluang untuk tukarkan rutin mengemas sebagai satu hobi dan percayalah kita akan terperanjat dengan perubahan nanti.




Ambil masa asingkan barang-barang yang sudah tidak berguna untuk dibuang atau dihadiahkan kepada orang yang memerlukan.


8. STUDIO MEMBUAT KEK
Mulakan dari dapur rumah sahaja. Hadir kelas buat pastries. Mulakan dengan parti time. Jual kepada kawan, keluarga dan jiran. Lama-kelamaan ramai yang hendak mencubanya. Jangan beri 1001 alasan ha...ha!



9. TRAVEL KE TEMPAT BARU

Tak semestinya travel ke luar negara! Tanpa disedari ketika di tempat asing otak kita bertukar kepada mod seronok dan merangsang sel berfikir kepada lebih positif dan survival.




10. IKTIKAF DI MASJID

Iktikaf adalah antara amalan ibadah  yang dianjurkan di bulan Ramadhan. Adalah Rasulullah s.a.w beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.




Mungkin beriktikaf sebulan sekali di masjid yang anda tidak kenal orang di situ. Bukan satu kesalahan. Anda akan bertemu dengan orang baru atau kawan baru.



Hukum beriktikaf adalah sunnah mu'akadah (sunnah yang sangat dituntut) dan 10 hari terakhir bulan Ramadhan ia lebih dituntut.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.


Abdul Salam KMS
Salak Tinggi

8/Ramadhan/1444 H

#gayahidupsihat
#hidupceria
#kangenwatermalaysia

Comments

Popular Posts