Jom Keluar Zon Selesa

Lazimnya zon selesa dihubungkan dengan keperluan asas dan kemahuan sederhana seseorang. Mahu dengan kehidupan yang lebih baik sedikit berbanding orang lain. Setakat cukup makan, cukup pakaian dan ada tempat tinggal. Apabila kesemua di atas diperolehi maka ia memberi keselesaan diri baginya. Dah cukup!




Kadang-kadang apa yang kita ada sekarang dirasakan sudah cukup baik dan ingin kekal di zon selesa. Tak perlu apa-apa dan teruskan dengan apa yang ada!

Orang yang berada dalam zon selesa biasanya:
  1. Takut gagal. 
  2. Tidak bayangkan kegagalan sebagai guru yang terbaik.
  3. Mudah tersinggung dengan maklum balas negatif tentang kerjanya. Tidak ingin buat perubahan baru yang lebih kreatif.
  4. Takut mencuba benda baru.
  5. Pemalas dan cepat rasa bosan dengan apa yang dimiliki.
  6. Sukar berdikari dengan cabaran yang mendatang. Suka menuding jari kepada orang lain.


Apa yang perlu kita buat mengembangkan keberanian dan melangkah keluar dari zon selesa? Boleh pilih mana yang sesuai dengan anda dan status anda...
  1. Berusaha bertemu orang baru yang belum kita kenal. Mungkin dengan menghadiri seminar-seminar di hujung minggu Sabtu atau Ahad di luar lingkungan anda, akan bertemu dengan orang yang berperibadi hebat dan berfikiran besar.  
  2. Elakkan tidur di pagi hari. Di waktu pagi banyak rezeki sedang mencari anda. Rezeki tak semestinya duit!  Burung pun keluar mencari rezeki di waktu pagi.
  3. Buka booth jualan atau karnival jualan atau pameran-pameran yang diadakan di bandar anda. Anda akan berinteraksi dengan bakal customer yang tak disangka-sangka.
  4. Menjadi sukarelawan. Hal ini merupakan pekerjaan yang sangat mulia. Kerana berpeluang membantu manusia yang lebih memerlukan. Selain itu berpeluang menimba ilmu dan pengalaman baru. Bukan mudah hendak berjiwa sukarelawan kerana memerlukan masa dan tenaga. 
  5. Keluar dari zon selesa untuk mencuba sesuatu yang baru demi mencapai matlamat yang lebih besar kita impikan.
  6. Jauhi personal loan bank. Elakkan pinjaman personal loan bank atau suka mula dengan berhutang apabila nak buat sesuatu projek yang baru. 
  7. Mulakan dengan duit sendiri atau apa yang ada di tangan 3-4 tahun. Boleh pinjam bank jika untuk memperbesarkan bisnes. Bukan nak mulakan bisnes.
  8. Bagi pelabur saham di Bursa Malaysia... Elak tengok carta saham sepanjang hari. Tak perlu kejar wang nanti wang akan lari. Biar wang yang kejar kita. Beli saham sebagai seorang investor full time dan part time trader (ini pandangan peribadi). Elak berhutang nak invest di bursa di peringkat awal.
  9. Cepat-cepat bayar hutang pinjaman belajar di universiti, personal loan bank dan kad kredit. Kalau banyak hutang personal ... tak payahlah nak jadi usahawan! Sikap tak jujur kepada pemberi hutang nampak jelas!
  10. Bina hobi baru. 
  11. Travel ke tempat yang kita tak suka atau takut. Pasti kita akan belajar sesuatu.
  12. Tinggalkan rumah anda sehari dalam sebulan jika tidak ada komitmen penting seperti menjaga ibu bapa yang uzur atau family sakit. 
  13. Tinggal bersama ibu bapa beberapa minggu di rumah mereka walaupun anda selesa di rumah baru anda. Layan mereka dengan baik dan beli apa keperluan mereka sebaik mungkin. InshaAllah jika anak-anak anda menghadapi masalah dalam zon selesa dan tak keluar rumah akan dapat diatasi.
  14. Lepaskan perabut atau baju lama yang tak digunakan lagi lebih setahun. Mungkin bersedekah kepada yang memerlukan atau jual dengan harga murah.
  15. Cuba program bercuti sambil bekerja. Saya difahamkan Australia memulakan aturan visa bercuti sambil bekerja kepada rakyat Singapura. 

Abdul Salam KMS
Salak Tinggi, Sepang.

9 Ramadhan 1444 H





Comments

Popular Posts