Lesu Badan - Apa petua?

Antara saranan saya... boleh pilih mana yang sesuai:
  1. Kalau MINDA... maafkan semua orang. Maaf sekalipun terpaksa. Lupakan sahaja. Umur kita semakin singkat 60an dan 70an sahaja.
  2. Kalau WANITA... mesti pakai emas seperti gelang emas atau cincin emas atau rantai emas.
  3. Amal solat witir sebelum tidur.
  4. Kemas rumah dan buang sampah di dalam dan luar rumah.
  5. Berjemur matahari pagi atau petang 15-20 minit setiap hari.
  6. Kalau ada mesin kangen, hulurkan sedekah air kangen kepada yang memerlukan.
  7. Amal membaca al-Quran 10 ayat sekurang-kurangnya setiap hari.
  8. Restu ayah dan ibu sentiasa diminta. Ziarah sekerap mungkin walau pun sekejap. Elak memberi alasan.
  9. Cuba cari hobi baru seperti berbasikal atau belajar ilmu invest saham di bursa atau kemahiran memasak.
  10. Mulakan senyuman bermula awal pagi selepas bangun tidur.
  11. Minum air kangen 2-3 liter setiap hari. Tinggalkan air berkarbonat.
  12. Tinggalkan group whatsapp yang banyak toksid tulisannya.
  13. Delete no handphone pemiliknya yang suka fikir negatif dan hasad dengki.
  14. Pergi belajar sesuatu ilmu baru terutama di hujung minggu walaupun umur dah lebih 50 tahun. Ilmu sentiasa berkembang.
  15. Tulislah sesuatu yang menggembirakan dalam group wasap anda.
  16. Cuba merenung dan menikmati cahaya matahari terbenam di waktu petang dan bersyukur kepada Allah Taala.
  17. Amal istighfar dan selawat 70 kali sehari.
Selamat mencuba.

Abdul Salam KMS
Salak Tinggi

Comments

Popular Posts