Masalah Sakit Lutut - Apa Alternatif lagi?

Dulu saya sakit lutut dan kini sembuh alhamdulillah. Di sini saya buat sedikit catatan berkaitan dengannya.
#abdulSalam
  1. Pergi ke klinik atau hospital... jumpa doktor. Itu yang terbaik. Mereka mendiagnosis dan ada ubatnya. Mereka pakar dan kita perlu rujuk kepada mereka yang lebih arif.
  2. Terdapat juga kes-kes apabila rawatan sakit lutut anda termasuk menyuntik bahan terus ke dalam sendi.
  3. Ada juga kes  yang memerlukan pembedah di hospital. Hanya doktor yang pakar dalam hal ini. Kita ikut sahaja.
  4. Ambil ubat penahan sakit untuk sementara waktu di kaunter yang diluluskan oleh doktor. Jangan memandai-mandai!
  5. Mungkin berat badan berlebihan. Cuba diet dan kontrol makan. Kuruskan badan sikit jika gemuk berlebihan. Ikut nafsu akan lesu akhirnya.
  6. Berjalan adalah latihan terbaik bagi kita. Berjalan adalah cara yang lembut untuk bergerak.
  7. Senaman Tai Chi. Tai Chi juga membantu melegakan kesakitan.
  8. Berbasikal. Anda boleh juga berbasikal untuk menguatkan lutut dan mencegah kecederaan. Pergerakan itu membantu melincirkan lutut. 
     
  9. Amal minum air sihat 2 - 3 liter setiap hari. Disyorkan air kangen. Antara kelebihan air ini ialah molekul air nya lebih halus... sepertiga daripada molekul air bersih biasa. 
  10. Pesakit yang mengalami masalah ini selalunya yang berumur lewat 40 - 50 tahun ke atas. Wanita lebih berisiko mengalami masalah ini berbanding lelaki.
  11. Makan kunyit dalam masakan atau pil seperti Ukon yang telah diyakini kandungannya. Curcumin yang ada di dalamnya bersifat anti oksidan dan anti radang. 
Semoga cepat sembuh.

Comments

Popular Posts