Manfaatkan Air Kangen Secukupnya Di bulan Puasa


Penulis : Abdul Salam KMS

Stamina perlu tetap dijaga di bulan Ramadhan agar terus sihat dan tidak jatuh sakit di bulan puasa. Hikmah puasa agar terus sihat dan bukan tiba-tiba jatuh sakit seperti gout dan lain-lain. InshaAllah kita berazam tahun ini berpuasa penuh dan amal ibadah solat tarawikh, membaca al-Quran, zikrullah, solat tahajud dipertingkat dan lebih baik. Mind set perlu betul. Bolehkan air kangen boleh membantu hasrat di atas? Saya yakin insyaallah boleh membantu berdasarkan pengalaman lepas.
  1. Elakkan minum air berkarbonat. Itu pantang larang yang utama.
  2. Elakkan minum kuantiti yang banyak ketika berbuka. Segelas atau dua gelas pun dah memadai ketika berbuka.
  3. Ya berbuka dengan buah kurma atau makanan manis bersama air kangen pH 8.5 atau clean water pH 7.0. Ikut kebiasaan anda.
  4. Biasakan bawa sebotol air kangen ke dalam bilik tidur atau bilik peribadi di waktu malam. Boleh minum apabila terjaga dari tidur atau selepas solat sunat dan membaca al-Quran.
  5. Rendam buah seperti anggur dengan air kangen pH 11.5 lima atau sepuluh minit untuk hidangan berbuka puasa.
  6. Jarakkan 30 minit minum air kangen daripada makan ubat atau nasi sebelum atau selepas. Cuba yang terbaik.
  7. Cuba atur minum air 8-10 gelas setiap malam. Ada orang guna formula 2:4:2=8. Iaitu 2 gelas semasa berbuka, 4 gelas selepas solat tarawikh dan 2 gelas ketika sahur.
  8. Ada orang lain pula gunakan formula 3+2+3 (3 gelas semasa berbuka + 2 gelas sebelum tidur dan 3 gelas semasa bersahur) 
  9. Pastikan minum segelas air kangen 1 - 2 gelas selepas bangun tidur sebelum bersahur. Terpulang kepada anda yang menentukan. Yang penting sekurang-kurangnya 8 gelas air kangen. Hal ini terkecuali kepada mereka yang ada masalah buah pinggang atau jantung.
  10. Jika memiliki mesin sendiri boleh sedekah air sihat kepada jiran atau keluarga terdekat sebagai minuman utama di bulan mulia ini.
  11. Ha..ha! biasanya pesakit gout akan bertambah sakitnya di minggu pertama atau kedua di bulan puasa! Perlu prihatin jaga minuman di bulan ini. Kebanyakkan kaum lelaki yang malas minum air kosong. Ubah cara berfikir anda berkaitan jaga minum air sihat.
  12. Ramai orang kurang minum air kosong berbanding kuantiti makanan di bulan Ramadhan. Cuba anda perhatikan...
  13. Antara tanda dehidrasi akibat kurang minum air ialah lebih jarang buang air kecil, warna air kencing kuning pekat, kurang berpeluh, pening kepala dan rasa nak pengsan.
  14. Sebaiknya minum air kangen secara semulajadi. Tidak sejuk dan tidak panas.
  15. Seeloknya minum air kangen secara fresh dari mesin. Kenapa? Sebab anti oksida nya masih tinggi. 
#Selamatberpuasa






Comments

Popular Posts