10 Ciri Utama Bakal Pemilik Mesin Kangen

Selamat berpuasa dan berbuka puasa. Alhamdulillah kita dah berpuasa hari ke 19 hari ini. Syukur dapat peluang berpuasa pada tahun ini. Sambil menunggu berbuka puasa petang ini, dapat idea untuk menulis sesuatu secara spontan berkaitan siapa yang bakal memiliki mesin ajaib ini dari sudut psikologi; 
  1. Suka berfikir di luar kotak kebiasaan. Ingin mencari yang terbaik walaupun harganya hanya tinggi sedikit daripada kebiasaan. Biasanya golongan engineer dan gemar kepada teknologi terkini.
  2. Suka melihat dari perspektif value berbanding dengan harga sesuatu teknologi.
  3. Berani membuat keputusan sendiri. Tak terkongkong dengan pandangan komuniti setempat.
  4. Suka mengkaji secara mendalam sebelum membuat keputusan yang mengejutkan jiran-jiran.
  5. Suka membantu ramai orang yang memerlukan alternatif untuk sihat.
  6. Mementingkan pelaburan kesihatan diri. Hidup sederhana tapi pandai mengambil peluang yang positif.
  7. Tidak bercakap banyak. Sebaliknya cepat membuat tindakan terutama wanita yang mementingkan kesihatan suami tengah sakit kritikal.
  8. Tidak suka memberi banyak alasan. Mereka selalu bersifat pro aktif. Suka melihat potensi sesuatu yang ada di hadapan.
  9. Egonya terkawal. Berani menerima idea orang lain. Tidak panas baran!
  10. Pernah sakit yang bertimpa-timpa. Tak boleh tidur malam dan selalu stress. Berminat memiliki mesin kangen apabila dikongsi air sihat untuk melihat keberkesanannya. Itu pun selepas kaji dan mengkaji berbulan-bulan dalam online internet. 
Ini adalah pandangan peribadi saya sahaja berdasarkan pengalaman diri sendiri dan customer yang memiliki mesin di bawah KMS Hasanah Centre.

#kangenwatermalaysia
#psikologipembeli
#installmesin


Abdul Salam KMS
Salak Tinggi, Sepang.


Comments

Popular Posts