Tips Berbakti Kepada Ibu Bapa Di waktu Tua Dengan Tenang

Orang yang sempat bersama ibu bapa untuk berbakti adalah orang yang sangat bertuah dan beruntung. Malang jika ada kesempatan bersama mereka tetapi lebih fokus kepada perkara lain.

Beberapa tips disenaraikan cara bagaimana kita dapat memanfaatkan peluang berkhidmat kepada ibu bapa yang telah uzur dan amat memerlukan kita;
  1. Kena faham bahawa pahala ganjaran akhirat umpama berjihad di jalan Allah kerana pengorbanan dan merawat mereka yang amat memerlukan. 
  2. Yakin janji Allah Ta'ala kelebihan menjaga ibu bapa dan menyambung silaturahim dilimpah rezeki dan dipanjangkan umur.
  3. Betulkan mind set bahawa ibu bapa adalah aset yang berharga untuk jalan ke syurga dan mendapat kemakmuran rezeki yang lebih luas. Bukan liabiliti atau beban yang menyusahkan.
  4. Anak lelaki walau pun sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, namun dia masih bertanggungjawab terhadap ibu bapanya terutama yang telah uzur. Namun anak perempuan pun tidak salah jika ingin berbakti kepada ibu bapanya.
  5. Berikan hadiah kepada ibu bapa. Sekali sekala apa kata berikan hadiah seperti pakaian atau makanan special untuk mereka walaupun harganya biasa sahaja.
  6. Ingat... Allah pilih siapa yang akan jaga ibu dan ayah. Terima dengan sepenuh hati anugerah Allah ini.
  7. Kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. 

Comments

Popular Posts