Petua Mudah Minum Cukup Air Sihat

Apa khabar sahabat-sahabat pembaca blog saya? Saya doakan anda sihat dan ceria selalu. Semua orang ada masalah kesihatan. Yang penting bagaimana kita cuba menghadapi dan mengatasinya. Kepada Allah kita berharap dan bergantung selepas pelbagai jenis ikhtiar dilakukan.

Ramai bermasalah cukup makan tetapi tak cukup minum air sihat. Itu masalah sebenar banyak berlaku terutama golongan lelaki. Akhirnya apa yang berlaku ketika usia 50an ke atas... gout, darah tinggi, migrain, ulser mulut dan lain-lain. Mungkin ada faktor lain lagi... Kualiti air dan kuantiti yang diminum perlu cukup. 

Berapa banyak nak minum air sihat setiap hari? Jika orang normal sihat 2-3 liter setiap hari. Jika lebih banyak adalah lebih baik. Hal ini dikecualikan jika anda sedang buat dialisis dan menghadapi  masalah buah pinggang yang kronik.

Petua:
  1. Cuba miliki satu gelas besar 250 ml atau 300 ml untuk anda minum air sihat. 
  2. Minum ikut waktu solat fardhu lima kali sehari. Dimulai dengan bismillah dengan niat dan untuk menyembuhkan penyakit atau menyegarkan dalam diri.
  3. Minum segelas air sihat segelas sebelum dan selepas setiap kali solat fardhu. Oleh itu kita istiqamah minum 10 gelas sehari sekurang-kurangnya.
  4. Jika kita membaca buku atau atau membaca Al-Quran setiap hari, cuba tuang air ke dalam gelas dan minum. Secara spontan kita akan minum air berkenaan sedikit demi sedikit sehingga habis. 
  5. Membaca bismillah dan berdoa supaya kesihatan bertambah baik dengan meminum air sihat ini. 
  6. Elakkan berbicara yang hal-hal negatif semasa minum. Juga fikir hal-hal yang baik semasa minum.
Selamat mencuba.

Tuan Hj Abdul Salam KMS
Sepang, Selangor.



Comments

Popular Posts