Apa Uniknya Bisnes Kangen?

Ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja berdasarkan pengalaman sendiri. Bisnes ini mudah tapi perlu kesabaran jika belum ada kemahiran berbisnes dan kemahiran menjual. 

Elakkan banyak berhutang peribadi jika nak mulakan apa-apa bisnes. Mulakan dengan mencari ilmu dan bimbingan Scifu yang berwibawa. Tidak gelojoh nak cepat kaya. 

Berdasarkan pengalaman penulis, banyak perkara menarik jika kita ingin join bisnes kangen. Antaranya :
  1. Modal hanya sekali sahaja iaitu dengan memiliki mesin kangen. Terbaiknya terus memiliki mesin Leveluk K8 yang paling terkini produk enagic. Beli melalui agent yang sah sahaja. 


  2. Yuran pendaftaran perniagaan bisnes kangen hanya RM 50.00 sahaja untuk seumur hidup. Tak perlu bayar setiap tahun.
  3. Bisnes ini boleh diwarisi kepada anak-anak atau pasangan kita.
  4. Syarikat akan membayar hasil jualan menepati masa yang telah ditetapkan. Ia menepati janji.
  5. Semakin lama bisnes ini semakin mudah bisnesnya. Ini hasil menggunakan teknologi digital dan penambah baikan oleh syarikat. Kita sahaja yang tekun dan sabar untuk mendapat kepercayaan customer. Produk dah hebat luar biasa cuma kita tak pandai berkomunikasi. Namun boleh diperbaiki dari masa ke semasa.
  6. Syarikat ini iaitu Enagic tidak mempunyai hutang.
  7. Produk ini adalah super brand. Ramai orang mula mengenalinya. 
  8. Produk ini bermula tahun 1974 di Okinawa Jepun. Hampir 50 tahun... Subhanallah.
  9. Bisnes ini tak perlu simpanan stok yang  banyak. Tak membebankan sebagai usahawan kangen.
  10. Dalam bisnes ini perlu banyak bersedekah air sihat. Pasti ramai yang bergembira dan hati menjadi semakin tenang.
  11. Hari-hari kita minum air sihat dari mesin yang kita miliki dan jimat kos ke klinik. Family sihat dan kita sihat.  Alhamdulillah.
  12. Bisnes kangen ada skim pencen. USD 5,000 sebulan. Ok kan? Kena istiqamah dan ketahanan mental je... InshaAllah boleh. 
  13. Pesanan ikhlas saya jangan memiliki mesin kangen dan bisnes ini kalau tak yakin atau ragu-ragu. Kaji dan kaji sampai yakin dan puas hati. Minta persetujuan pasangan anda dan tidak tergopoh-gapah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pemahaman anda sebelum memulakan sesuatu bisnes termasuk bisnes kangen.

Hj Abdul Salam KMS
KMS CENTRE.

Comments

Popular Posts