Hari-hari Belajar Berfikir

Sudut Buku


  1. Setiap hari adalah sebuah keajaiban. "Saya mula mengubah mindset (pemikiran) dan melihat masa saya dengan keluarga itu sebagai satu anugerah kerana saya dapat meluangkan masa bersama ibu bapa tersayang... hampir setiap hari saya melawat datuk saya yang tinggal berdekatan dan berdengar kisah-kisahnya." "Hampir setiap hari saya bangun awal pagi dan berjoging di taman berdekatan... (hlm 11-12)
  2. Rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih (hlm 5).
  3. Berfikir dan bersangka baik membantu kita menjadi lebih sihat (hlm 37). 
  4. Satu-satunya kecacatan dalam kehidupan ini ialah sikap yang buruk (hlm 60)
  5. Apabila merawat seseorang pesakit, mula-mula sekali kita perlu merawat mindanya (67)
  6. Setiap hari adalah istimewa.
  7. Sesetengah orang sering merungut kerana bunga mawar mempunyai duri. Namun saya bersyukur kerana duri mempunyai bunga mawar (hlm 97)
  8. Hidup seseorang hanya bermakna apabila dia menyedari akan anugerah yang dimilikinya (hlm 101)
  9. Bukan kedudukan, tetapi sikap kita yang menentukan sama ada kita bahagia atau tidak (hlm 39) 
  10. Belajar menghargai keindahan kecil yang hadir begitu banyak dalam kehidupan kita (hlm 157)
  11. Kita mampu menghancurkan diri sendiri dengan bayangan buruk dan sinis seperti sebiji bom (hlm 268).
  12. Bukan setiap hari itu baik, tetapi ada kebaikan pada setiap hari (hlm 272)
Hi Abdul Salam KMS
KMS CENTRE 

Comments

Popular Posts