Gaya Hidup Sihat Dengan Air Kosong


Air merupakan elemen penting kepada gaya hidup sihat. Dalam badan manusia ia bahan utama dalam darah, sistem limfa dan peluh. 


Air kosong penting untuk kesihatan tubuh badan. Air mengandungi sifar kalori dan boleh membantu kita menjaga berat badan dan mengurangkan pengambilan air berkalori tinggi seperti air soda dan minuman ringan yang lain.


Antara tanda-tanda ringan bagi dehidrasi atau kerap kekurangan air ialah :
  • Sembelit
  • Sakit sendi
  • Sembelit
  • Sakit kepala. Darah yang semakin pekat akan memberikan kesan kepada organ paling penting iaitu otak. Darah sukar bergerak dalam badan akan menyebabkan tekanan darah meningkat.
  • Kepenatan dan cepat rasa mengantuk
  • Kekejangan otot
  • Peningkatan rasa gelisah dan rasa cepat marah.
  • Kulit jadi kering.
  • Air kencing berbau kuat dan warna amat kuning.
  • Bibir dan mulut menjadi kering.
  • Kegemukan. Biasanya orang gemuk kurang minum air kosong. Sebaliknya mereka gemar minum teh ais dan lain-lain yang banyak gula dan pengawet.  
Badan Sengsara apabila kekurangan air dalam badan:
  • Rasa terlebih lapar. Badan menganggap yang ia sedang lapar. Ini menyebabkan anda banyak makan walaupun tak lapar.
  • Masalah pencernaan.
  • Keupayaan badan untuk membuang toksik tersekat.
  • Peredaran darah perlahan dan suhu badan tidak menentu. 
  • Lembap untuk aktiviti sukan dan sukar memberi tumpuan.
  • Peningkatan kandungan gula dalam badan. Badan perlukan air untuk larutkan gula dalam badan. 
  • Buah pinggang bekerja lebih masa. Risiko kegagalan buah pinggang.
  • Batu karang. 

Jenis Air Yang Disyorkan:
  • Air Zamzam
  • Air Ioniser seperti air kangen
  • Air Mineral
  • Air Water Filter atau air bersih
  • Air teh dan kopi tanpa gula. Boleh ganti dengan madu.
  • Jus buah-buahan tanpa tambahan gula dan pengawet.
Tips Galakkan Minum Air Kosong Yang Cukup:
  1. Sambil membaca buku... tuang air kosong ke dalam gelas menemaninya.
  2. Sambil menulis artikel... tuang air kosong ke dalam gelas menemaninya.
  3. Sambil menonton tv atau youtube... tuang air kosong ke dalam gelas menemaninya.
  4. Sambil membaca bersembang... tuang air kosong ke dalam gelas menemaninya.
  5. Sambil bermesyuarat... tuang air kosong ke dalam gelas menemaninya.
  6. Guna botol air 1 liter ke mana sahaja pergi.
  7. Guna botol air 1 liter untuk menemani tidur anda.
KMS CENTRE
011-20979928


Comments

Popular Posts