Pengalaman Menarik Setelah Memiliki Mesin Kangen Sejak 8 Tahun Yang Lalu


Alhamdulillah saya memiliki mesin pertama ialah SD501 sejak 2016-2023. Kira-kira 8 tahun lalu. Mesin masih elok. Jaga dengan baik. Servis dengan baik. Hari-hari guna. Tak rugi InshaAllah.

Antara dapatan pengalaman Sendiri;
  1. Dulu asyik kena ulser mulut, kini alhamdulillah syukur jarang sekali ulser mulut. Dulu selalu telan Panadol untuk tahan sakit. Pelbagai ubat dah dicuba dari kilnik, traditional Melayu dan pelbagai petua.
  2. Jimat kos ke klinik dan hospital. Alhamdulillah betul-betul jimat. Walaupun isteri ada klinik sendiri jarang ambil ubat kecuali perlu sahaja. Panel klinik di tempat kerja pun dah lama tak pergi sehingga bersara. Bukan tak nak ambil tapi tak ada sebab nak ambil ubat. Syukur Alhamdulillah.
  3. Yang best lagi alhamdulillah macam-macam boleh makan. Tak ada pantang yang pelik-pelik. Ubi kayu, durian, pulut, tapai, nasi, mee goreng mamak dan lain-lain. Semua boleh dinikmati. Itu yang seronoknya. Anda bagaimana?
  4. Bersara pun dalam keadaan tenang. Alhamdulillah tiada penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, gout dan lain-lain. Kepada Allah kita bersyukur dan bertawakal. Semua itu dengan izin Allah Taala.  
  5. Rabun mata pun tak perlu tukar cermin mata sejak 8 tahun dulu. Jarang tukar cermin mata kecuali rosak sahaja. Saya hanya memakai cermin mata untuk memandu dan melihat di tempat jauh sahaja. Ini kisah benar dan bukan rekaan.
  6. Alhamdulillah kami sekeluarga mudah tidur dan mudah bangun pagi. Termasuk isteri dan anak-anak. Kepada Allah kami bersyukur dapat bertemu dengan mesin yang banyak mengubah gaya hidup sihat.
  7. Tradisi bersedekah air sihat dah sebati dalam jiwa saya. Kebanyakan tetamu datang rumah biasanya diberi hadiah air sihat ini. Mungkin 5 liter, 10 liter, 20 liter. Jarang yang menolaknya.
  8. Dengan hanya memiliki satu mesin ini kita dapat lesen atau kebenaran untuk menjual mesin kangen kepada rakan-rakan yang berminat memilikinya. Boleh jana pendapatan sampingan. Best kan?
  9. Pernah beberapa kali gigi sakit di waktu malam. Just kumur dengan air kangen pH 2.5 anti septik. Alhamdulillah hilang sakit beberapa detik sahaja, keesokannya terus ke klinik gigi untuk ditampal. Syok kan? Kangen water bukan semata-mata air beralkali sahaja ye!
  10. Setiap kali beli buah anggur pasti rendam dengan air strong kangen 5-10 minit. Rasanya lebih sedap, fresh dimakan. Best kan?
  11. Yang menarik lagi... ada salah seorang ahli keluarga setel masalah fibroid. Pasti seorang wanita. Tak terus membesar fibroid. Statik sahaja. Period haidh pun ok je. 
  12. Sains dan teknologi ke arah kesejahteraan manusia sejagat. Segera memiliki teknologi ioniser ini memang tak rugi. Setakat ini harga tak akan turun... naik ada! Dulu saya beli rm12,xxx dan kini rm13,xxx. Disyorkan memiliki segera pasti anda untung dalam kesihatan sekeluarga.
Semoga perkongsian ini memberi peluang kepada anda yang ingin lebih sihat dan tenang dalam menghadapi cabaran hidup seharian.


KMS CENTRE
011-2097 9928

#kangenwatermalaysia




Comments

Popular Posts