Gaya Hidup Sihat Remaja - Belajar Berfikir




  1. Beri peluang anak-anak membuat keputusan. Bimbing dengan baik dan hormati pandangan.
  2. Beri peluang anak-anak menyelesaikan masalahnya sendiri dan rasainya cabaran sendiri. Ini mematang kehidupan untuk jangka panjang.
  3. Dorong anak-anak belajar dan terus belajar. Tiada had umur untuk terus belajar. 
  4. Dorong anak-anak menghafal Al-Quran sejak kecil lagi. Latihan ingatan amat penting otak berfikir.
  5. Galakkan mereka sambung belajar dalam atau luar negeri.  Biar ilmu dan pengalaman berkomunikasi lebih luas daripada orang biasa.  
  6. Galakkan anak-anak sertai pelbagai seminar-seminar yang bermanfaat. Terbaik merentas disiplin ilmu yang dipelajari secara resmi.
  7. Jangan hadkan berfikir seperti logik batu. Bukan hanya setakat berfikir hitam putih atau benar salah sahaja.
  8. Elakkan anak-anak suka melabel orang lain. Belajar menghargai diri sendiri dan orang lain.
  9. Dorong anak-anak mengkaji dan mengamalkan ilmu Tasauf pembersihan hati dan jiwa.
  10. Mendidik anak-anak tidak menyalahkan orang lain atau keturunannya. 
  11. Mendorong anak-anak belajar pemikiran lateral dan parallel sebagai alat bantu berfikir.
  12. Mendidik anak-anak berfikir secara kreatif dan kritis. Juga pemikiran inovatif.
  13. Perlu belajar menangguh penilaian dan menunda keputusan terhadap idea-idea yang baru dicatuskan.
  14. Belajar melihat sesuatu dari pelbagai persepsi.
Moga-moga perkongsian tulisan ini dapat membantu anda untuk berfikir dengan lebih berkesan dan lebih bermanfaat.

KMS CENTRE



Comments

Popular Posts