Tips Mudah Pengurusan Warga Emas

Siri Gaya Hidup Sihat

  1. Pesanan sahabat saya Wak Shafie yang berpengalaman menjaga ibu di Teluk Intan... jaga ibu bapa di usia warga emas mesti ikhlas dan sabar. Tak ungkit. Tak merungut. Jaga dengan elok. Beliau tak belajar tinggi tapi kesabarannya amat tinggi dan rezeki tak putus-putus. Itu antara kelebihan menjaga ibu.
  2. Pastikan bilik air untuk warga emas mesti luas dan selesa untuk mandi dan buang air besar. Pintu bilik air juga mesti besar sikit untuk wheel chair. 
  3. Elok bersara awal jika ibu bapa masih ada untuk khidmat. Mungkin umur 55 tahun atau 56 tahun. Pastikan tidak ada lagi hutang pribadi atau personal loan. 
  4. Jika guna pakai lampin 24 jam, elok lapik pelastik kualiti dan kain atas katil sebelum tidur.
  5. Pastikan makan ubat secara komitmen selepas sarapan atau selepas makan malam.
  6. Pastikan minum air sihat yang cukup seperti air kangen. Miliki mesin ini jika belum ada. Letak air minum di sisi katil supaya boleh dicapai dengan tangan bila-bila masa sahaja untuk diminum. 
  7. Suami dan isteri wajib bekerjasama dalam menguruskan tanpa berkira.
  8. Solat berjemaah bersama jika berkelapangan masa.
  9. Sama-sama membaca Al-Quran dengannya walaupun sedikit.
  10. Rajin berdoa sambil menatap wajahnya. 
  11. Rehat sekejap jika anda stres.
  12. Bawa keluar rumah di waktu pagi 30 minit sehingga 60 minit untuk menikmati udara pagi yang segar dan cahaya matahari yang indah.
Alhamdulillah syukur saya dan keluarga berpeluang menjaga ibu sepenuh masa sudah hampir lebih 10 bulan. Gambar di atas diambil semalam ibu berusia 80an di rumah saya.

KMS CENTRE
011-20979928

#kangenwatermalaysia
#wargaemas
#fulltime
#ikhlas
#sabar
#takmerungut



Comments

Popular Posts