Hutang dan Liku-liku Kehidupan


Ramai orang suka berhutang.
Namun ramai orang tak suka cepat bayar hutang.

Ramai orang suka nak jadi usahawan.
Namun ramai orang tak bijaksana memastikan customer menjadi setia berkawan.

Orang yang lambat bayar hutang adalah sukar dipercayai.

Keajaiban rezeki akan muncul jika cepat-cepat melunaskan hutang.

Yang membezakan kawan sejati ialah bagaimana usahanya cepat membayar hutang peribadi.

Memberi hutang pribadi umpama anda mengundang permusuhan.

Kerana hutang kawan menjadi musuh.

Kerana hutang penyakit fizikal keluarga pun lambat sembuh.



Mudahnya Nak Cepat Bayar Hutang Pribadi, antaranya;
  • Kosongkan rumah anda, jual apa yang ada seperti tv, sofa, perabut dan lain-lain untuk bayar hutang pribadi. Biar kediaman anda kosong kecuali dapur untuk memasak. ATAU
  • Bayar dulu personal loan sikit-sikit setiap bulan seperti RM 1,000 tanda berterima kasih kepada pemberi hutang. ATAU
  • Jual aset yang anda sayang demi membayar hutang pribadi. Allah melihat usaha anda. ATAU
  • Jual sahaja rumah mewah anda untuk bayar hutang. Hati senang dan tidur lena. Mati pun senang dan roh pun senang naik ke langit. ATAU
  • Jual sahaja pemilik saham anda di bursa untuk bayar hutang. ATAU
  • Rajin jumpa atau hubungi pemberi hutang setiap minggu. Jangan takut dan jangan lari. Sebut bila tarikh dijangka akan bayar hutang... niat mesti kuat. ATAU
  • Jual kereta anda dan naik motosikal sahaja untuk bayar hutang. Mulakan hidup baru. ATAU  
  • Tutup bisnes yang anda sayangi jika ramai orang anda berhutang. Maknanya bisnes itu tidak serasi dengan anda. Bayar segera hutang mereka. Mulakan karier asal anda yang menyebabkan anda menjadi kaya. ATAU
  • Minta nasihat ibu walaupun tak belajar tinggi. Ilmu intuitif mereka amat tinggi untuk kehidupan anda.
KMS CENTRE 
011-20979928


Comments

Popular Posts