Jurnal Kesyukuran Tahun 2023

Alhamdulillah tahun 2023 adalah antara tahun yang paling best dalam hidup saya. Antaranya...
  1. Upgrade mesin kangen daripada Leveluk SD501 kepada Leveluk K8. Mesin yang paling best di kalangan mesin kangen.
  2. Jaga ibu sepenuh masa. Umur ibu kini 83 tahun. Hari-hari ibu juga minum air kangen yang dijaga dengan baik.
  3. Premis kedai KMS Centre terus beroperasi sejak 2016-2023. Hampir usianya kurang lebih 8 tahun. Terus membantu masyarakat mengamal gaya hidup sihat dengan air Ioniser.
  4. Full time dalam bisnes kangen di samping full time jaga ibu.
  5. Semua hutang pinjaman peribadi untuk bisnes kangen dengan bank dibayar sepenuhnya dengan menjual lot ofis di Sepang. Tiada hutang hati senang Alhamdulillah.
  6. Bersara sepenuh masa dari kerja berpendapatan tetap dan fokus kepada bisnes.
  7. Ada banyak masa membaca al-Quran dan belajar ilmu-ilmu pelbagai disiplin.
  8. Dapatkan memperbaiki rumah ibu di kampung dengan kos yang agak tinggi juga.
  9. Full time sebagai investor dan part time sebagai trader di bursa Malaysia. Berpengalaman sejak 10 tahun yang lalu dengan beberapa remiser bertauliah. Terima kasih beberapa guru yang berkongsi ilmu pelaburan.      
  10. Yang paling best lagi... diri sihat, famili sihat dan ramai customer yang sihat dengan mengamalkan minum air Ioniser secara istiqamah.
Abdul Salam 
KMS CENTRE 

Comments

Popular Posts