TIPS DARI BUKU TERPILIH

Panduan Umum

  1. Air Zam-zam diminum mengikut niat orang yang meminumnya. Jika niat untuk menyembuhkan penyakit Insyaallah boleh sembuh. Ini adalah keyakinan berdasarkan hadith nabi S.A.W yang pernah menyebut dalam riwayat hadith. Kuasa yang menyembuhkan ialah Tuhan mentadbir seluruh alam.
  2. Air sebagai penawar bagi warga emas. Dua faktor yang menyebabkan warga emas kekurangan air dalam badan iaitu kurang rasa dahaga dan kedua ialah gangguan pada fungsi penyedutan cecair.
  3. Apabila kurang air dalam tubuh badan, maka muncullah penyakit seperti sukar tidur malam, migrain, susah buang air besar dan penghadaman yang sukar.
  4. Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.
  5. Cara terbaik mengingatkan diri untuk minum air ialah sentiasa membawa air 1 liter ke mana jua pergi. Apabila air telah habis maka kita mesti akan mencarinya lagi.


Comments

Popular Posts